Atasi Muka Berminyak Dan Berjerawat Dengan Produk Some By Mi Dari Threebs

Siapa kata lelaki tak perlu jaga kulit muka? Lelaki pun kena jaga kulit muka jugak tau. Barulah nampak segak dan sedap mata yang memandang. Jangan terkejut tau kalau korang tahu ada sesetengah lelaki ini terutamanya yang berkerjaya, memperuntukkan separuh dari gaji diorang tu untuk membeli set penjagaan muka. Tambahan pula, zaman sekarang ni terdapat banyak variasi produk penjagaan wajah untuk lelaki di pasaran. Secara tak langsung, mudah bagi kami sebagai lelaki untuk menitikberatkan soal penjagaan kulit muka ini.

Bagi aku sendiri, masalah kulit muka yang aku alami sekarang ini ialah kulit muka cepat berminyak. Bila dah berminyak, liang-liang pori akan tersumbat dan jerawat mula la naik sana sini. Walaupun kerja aku ni sebagai cikgu dan kebanyakkan masa bekerja dihabiskan dalam kelas yang ada kipas dan di bilik guru yang ada penghawa dingin, tapi masalah kulit muka berminyak masih lagi ada. Setiap kali habis mengajar, aku dah standby dengan wet tissue untuk lap muka. Fuhh..bimbang jugak kalau dibiarkan kulit muka akan jadi kusam dan jerawat akan bertambah lagi. 


Sebenarnya, banyak produk penjagaan muka pelbagai jenama yang aku dah cuba sebelum ni. Tapi kebanyakannya tak sesuai dengan jenis kulit aku. Yalah, lelaki kan mempunyai tekstur kulit yang kasar, tebal dan berbulu berbanding dengan perempuan.Tu yang jadi keliru nak pilih produk penjagaan kulit yang compatible dengan muka kita ni. In the end, buat keputusan produk skincare ini based on emosi dan terpengaruh dengan kata-kata orang. Sehinggalah bulan 7 haritu, aku baru berjinak-jinak dengan produk Korea iaitu Some By Mi. Katanya produk ini  sangat sesuai bagi kulit yang berminyak, kulit kusam, jerawat, jeragat dan bintik hitam. Betul ke?

Set Penjagaan Muka AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Some By Mi Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat


AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle dari Some By Mi ini adalah di antara produk skincare dari Korea yang boleh digunakan untuk menjaga kulit muka yang berjerawat dan berminyak. Kalau korang perasan, kebanyakan kulit orang Korea semua cantik-cantik, baik lelaki atau perempuan. Yang menariknya, set penjagaan wajah ini mengandungi pokok teh dan 20 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi yang mampu menjaga kulit, mencerahkan kulit dan melembapkan kulit. Aku pun tak sangka boleh terjebak dengan produk Some By Mi. Ni pun sebab video FYP di Tik Tok yang suggest supaya guna produk ni untuk muka berminyak dan dapat kembalikan seri pada wajah katanya.

Sedikit sebanyak aku dapat tahu pasal produk Some By Mi ni melalui Tik Tok..terus jadi my favourite skincare.

Memang excited nak cuba masa tu. Terus order untuk dapatkan produk Some By Mi ni. Biasanya produk skincare dan kosmetik yang terbaik datangnya dari Korea. Yang penting lagi, ianya bebas dari bahan kimia. Oh ya, lupa nak bagitahu..untuk produk Some By Mi ini ada 3 jenis warna tau iaitu Some By Mi hijau, Some By Mi merah dan Some By Mi kuning yang mana fungsi kegunaanya berlainan. Macam aku, pilih untuk guna Some By Mi hijau iaitu set skincare AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle khas untuk masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Set lengkap skincare AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Some By Mi ada 4 barang tau iaitu :

AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar (106 g)
AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner (150 ml)
AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum (50 ml)
AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cream (50 ml)

Set Skincare Some By Mi yang korang perlu ada untuk atasi masalah kulit berminyak

Haaa...mesti korang tak faham apa maksudnya AHA.BHA.PHA ni kan? Maksudnya adalah :

AHA - Mengeluarkan kotoran dan kulit kering dari permukaan kulit
BHA - Mencuci dari dalam liang pori, mengeluarkan kotoran yang tersumbat dan sebum
PHA - Mengekal kelembapan kulit wajah serta menanggalkan sel kulit mati

Dengan adanya set lengkap skincare AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle ni, korang boleh rasa  sendiri perbezaan sebelum dan selepas 30 hari. Aku kali pertama guna terus jatuh cinta tau dengan produk ni tau. Korang boleh baca kat bawah macam mana rutin harian penjagaan muka aku dari pagi hingga ke malam dengan Some By Mi.

Cara Penggunaan Set AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Some By Mi


Bagi aku sendiri yang kali pertama guna set AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Some By Mi, feeling tu rasa lain tau berbanding dengan produk penjagaan wajah yang aku pernah guna sebelum ini. Memang puas hati setiap kali bangun pagi untuk cuci muka dengan Cleansing Bar, aku boleh nampak perbezaan tu dalam cermin dari muka yang berminyak kepada wajah yang lebih segar. Kemudian, tuang toner atas tisu atau tapak tangan untuk digosok di muka serta picit beberapa titik serum untuk disapu pada dahi, pipi dan dagu. Akhir sekali, letak sedikit krim pelembap untuk kulit muka stay hydrated dari awal pagi sampai ke petang. 
Rutin harian setiap pagi dan malam penjagaan muka dengan set lengkap Some By Mi..memang terasa beza sebelum dan selepas guna produk ni.

Hanya dengan 4 langkah ni je yang aku amalkan setiap hari sebelum pergi kerja. Boleh keluar rumah dengan confident la sebab kulit muka dah bersih, fresh dan tak berminyak. Muka pun bau wangi seakan-akan bau aroma daun teh. Tu la yang sampai sekarang ni aku masih lagi kekal dengan produk Some By Mi ni. Meh aku kongsikan dengan korang cara untuk gunakan sabun, serum, toner dan krim pelembap dari Some By Mi.


AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar : 
Harga RM 33 di https://threebs.co/


Untuk cuci muka setiap pagi, aku mulakan dengan Cleansing Bar. Ianya mengandungi pokok teh 10,000ppm, AHA.BHA.PHA / Niacinamide 2% serta 20 ekstrak daun herba semula jadi yang mampu membersihkan liang pori, melembapkan kulit dan menjadikan kulit cerah. Saiz sabun yang diberikan memang besar, jadi mudah bagi korang nak guna semasa mencuci muka. Buih yang dihasilkan dari sabun ini agak banyak dan teksturnya pun halus je rasa. Memang terasa lembut bila sapu di muka. Yang paling best, sabun ni tak keringkan kulit tau malah dapat melembapkan kulit korang untuk jangka masa yang panjang. 

Cara Penggunaan :
Korang hanya perlu basahkan dan gosok sabun di tangan sehingga berbuih. Seterusnya, guna buih tersebut untuk urut ke seluruh wajah dan juga leher. Selepas itu, cuci dengan air bersih dan keringkan. Bagi aku, Cleansing Bar ni sangat-sangatlah best sebab ia mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Kulit muka memang rasa lembut sangat lepas guna sabun ni.
 

AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner
Harga promosi RM 43 di https://threebs.co/


Dah cuci muka, toner jangan tak sapu pulak. Miracle Toner ini bertindak sebagai exfoliator untuk menanggalkan kulit kotor supaya kulit muka jadi lebih bersih dan bersinar selepas mencuci muka dengan sabun. Aku suka dengan toner ni sebab bau dia tak kuat dan tak rasa pedih bila sapu di muka. Yang mana ada masalah kulit kering, kulit sensitif dan kulit berminyak, tak perlu risau untuk guna toner ini kerana PH toner ini rendah. Malah, whitehead yang ada sekitar hidung pun makin berkurang tau. Jangan terkejut tau korang boleh dapat kulit selembut bayi dalam masa 30 hari selepas guna toner ini.

Cara Penggunaan :
Selepas korang dah cuci muka dengan sabun, tuangkan toner di atas tapak tangan atau kapas muka dengan jumlah yang sesuai. Kemudian, sapu perlahan-lahan di wajah dan biarkan dalam 2 hingga 3 minit untuk diserap ke dalam kulit. Toner ini korang boleh gunakan pada setiap pagi, petang dan juga sebelum tidur.

AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum
Harga promosi RM 54 di https://threebs.co/


Miracle Serum ni best juga tau sebabnya ianya bertindak sebagai pelembut wajah kerana didalamnya mengandungi Centella Asiatica sebanyak 14.5% dan pokok teh (Melaleuca Alternifolia Air Lead 10,000ppm. Selain tu, serum ini juga dapat melembutkan tekstur kulit kerana AHA, BHA dan BPA yang ada di dalam serum ini berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan lebih efektif. Bagi aku, this is one of the best serums you need in your routine kerana tekstur serum ni macam air dan mudah untuk diserap ke dalam kulit tanpa ada rasa melekit jika dibandingkan dengan serum yang lain yang mana teksturnya lebih pekat. Jangan risau ye, serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Cara Penggunaan :
Titiskan 4-5 serum tu pada bahagian dahi, pipi dan dagu. Kemudian, urut dengan perlahan supaya serum tersebut meresap ke wajah. Korang boleh gunakan serum ini sebelum tidur dan rasakan perubahan pada keesokan hari. Kulit korang pasti akan nampak lebih lembap dan glowing tau.


AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cream
Harga promosi RM 51 di https://threebs.co/


Dah cuci muka dengan sabun, dah pakai toner, dah apply serum dah akhir sekali jangan lupa ye untuk sapukan sekali dengan krim pelembap. Kalau korang nak tahu, Miracle Cream ini dihasilkan dari ekstrak daun pokok teh 10,000ppm, 70% ekstrak Centella Asiatica dan Madecasoide yang mana fungsinya untuk memutihkan kulit wajah, menenangkan kulit serta melembapkan kulit dari kulit kering. Krim ini juga dapat mencegah kulit muka kita dari cepat berkedut Kalau korang dah seusia dengan aku, dalam lingkungan 30, elok sangat la guna krim ini untuk maintain kulit sihat dan stay young.

Cara Penggunaan :
Selepas korang dah pakai toner dan serum, ambil krim ini dengan jumlah yang sesuai dan sapu krim ini di wajah dengan urutan ke atas dan rasai kulit lebih lembut dan lembap pada kulit wajah. Elakkan sapu pada bahagian yang mana tempat korang ada parut, eczema dan alahan pada kulit.

  

Beli Produk Skincare Dengan Harga Murah Di Threebs

Sebelum ni, kalau nak beli produk penjagaan kulit muka, biasanya aku akan singgah kat drugstore yang berdekatan. Tapi untuk produk Some By Mi ni masih tak boleh didapati lagi di mana-mana farmasi atau drugstore. Biasanya aku beli produk ni di kedai-kedai online seperti Lazada dan Shopee. 

Macam-macam produk skincare yang international brand korang boleh dapat kat web ini dengan harga murah.

Rupa-rupanya ada satu website skincare yang mana korang boleh dapatkan pelbagai produk skincare yang international punya brand dengan harga yang murah dan produk memang original. Korang nak produk skincare apa? The Ordinary? Innifree? Some By Mi? Laneige? Cerave? Pixi? Boleh dikatakan hampir semua ada kat website Threebs.

Aku cadangkan lepas ni kalau korang nak beli sebarang produk skincare, boleh terus beli di Threebs sebab tengok pada harganya jauh lebih murah berbanding dengan kedai-kedai online yang lain. Jangan risau, ketulenan produk yang dijual disini dah tentu terjamin. Sayangilah kulit wajah korang dengan beli produk skincare di platform yang dijamin ketulenan produknya seperti Threebs ini.

Apa Yang Bestnya Shopping Produk Skincare di Threebs?



Jom tambah ilmu korang tentang beauty tips dan info tentang produk di Threebs..semua ni free je!

Selain membeli produk skincare pilihan korang di Threebs, korang juga boleh dapatkan tips kecantikan dan info tentang produk skincare di bahagian Beauty Spellbook. Ianya ditulis oleh mereka yang pakar tentang kecantikan dan kesihatan kulit. Info yang disediakan sekurang-kurangnya dapat membantu korang dalam memilih produk yang sesuai mengikut jenis kulit wajah.

Threebs juga menawarkan Free Shipping atau penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi setiap pembelian yang melebihi RM100. 

Kalau korang nak dapatkan apa-apa produk skincare pelbagai brand pada harga yang lagi murah, korang boleh lihat pada bahagian Sales/Clearance untuk tengok jualan penghabisan stok yang dibuat oleh Threebs. Rugi tau kalau tak grab peluang ni. Jangan lupa guna code "11SALE" untuk dapat potongan RM10.

Sistem Reward
Setiap kali pembelian apa-apa produk skincare di Threebs, ganjaran akan diberikan dalam bentuk poin. Contoh : kalau korang subscribe dengan Threebs akan dapat 50 poin, tulis review dapat 10 poin, share a wishlist dapat 5 poin dan 1 poin untuk setiap RM 1.00 yang korang belanjakan. Poin yang korang kumpul tu boleh claim dengan vouchers tau.

Hasil guna produk Some By Mi selama 3 bulan..yang penting muka dah tak berminyak lagi

Kalau korang pengguna produk Some By Mi macam aku, inilah website untuk korang beli produk skincare dari Korea yang original dengan harga marhean..haha. Sekarang ni dah hampir 3 bulan aku guna set lengkap AHA.BHA.PHA 30 DAYS MIRACLE Some By Mi. Fuhh..memang terasa beza tona kulit berbanding sebelum ni. Yalah, sebelum ni agak kusam sedikit sebab banyak berdiri atas padang. Sekarang kulit nampak lebih cerah, liang roma pun dah mengecil sikit dan muka kurang berminyak. Korang kena rasa sendiri untuk kulit muka korang. Memang best.

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.