Jangan Terkejut, Ini Kesan Buruk Renovate Atau Ubah Suai Rumah Secara Haram

Kepada yang dah berjaya beli rumah, tahniah kerana impian untuk memiliki kediaman sendiri dah tercapai. Mesti tak sabar untuk buat renovation kan? Jangan gopoh ye, bawak bersabar dan bertenang dulu. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya rumah yang diubah suai itu mengikut undang-undang. 

Alah bang, rumah tu saya beli dengan duit saya sendiri. Nak renovate pun guna duit sendiri jugak. Tak kacau duit orang lain. Ye betul tapi untuk renovation rumah, ada peraturan dan undang-undang yang kita kena ikut untuk elakkan daripada kesan-kesan yang buruk jika rumah tersebut diubah suai secara haram.

Nak tahu apa kesan jika renovation dibuat secara haram? Macam mana kalau anda dah buat renovation tapi tak dapat kelulusan?

Haaa..boleh baca dan fahami betul-betul artikel yang dikongsikan oleh Tuan Ar.Ahmadkhairul Sabirin ini. 

Kesan - Kesan Buruk Renovation Rumah Secara Haram


Bila kita buat renovation tak ikut undang-undang, confirm lah akan ada kesan dia. Macam sekarang lah, tak boleh makan durian ramai-ramai pasal PKP, eh dia nak juga berpesta. Kan dah kena kompaun. 

Sama lah dengan renovation rumah, ada peraturan dan kita kena ikut. Aku memang banyak kali dah dengar tuan rumah kata tak nak buat proper submission dan apply permit reno dari majlis pasal mahal dan lambat. Lagi la bila kontraktor dah cucuk tuan rumah dari bayar duit submit ke majlis, baik tambah pool sebiji. Terus on tak fikir dah submission. Tapi sanggup ke hadap kesan renovation haram di masa depan?
 
#Kesan 1 : Rumah susah nak jual atau tak ada nilai
Bila buat renovation tanpa pelan lulus, bila nak jual akan jadi rumit. Apasal floor plan dekat agreement lain tapi dekat site lain? Rupanya pelan paling baru ni tak ada kelulusan PBT. Bank nak value benda illegal macam mana? Tak boleh la.

So bank akan value bahagian yang ada kelulusan saja. Yang bahagian tak dapat kelulusan dah habis ratus ribu tu satu pun tak akan menambah value jual rumah tersebut. Sedih tak?

Duit habis, value rumah tak naik. Such a bad move and definitely bad investment.

#Kesan 2 : Kompaun oleh PBT
Setakat aku tahu, ada majlis dah tulis siap-siap kompaun 10-20 kali ganda fee permohonan ke PBT. Ah bayar je la. Sure? Ingat fee mohon 10 20 ringgit ka? Tak bang. Dia kira ikut area berapa banyak yang di tambah. Ada jadual kiraan. Kalau tambah besar makan ribu juga lah.

Tapi bila dah bayar denda setel ke tak? Tak juga, kena submit la properly selepas itu haha. So kena bayar 2 benda, kompaun dan fee arkitek. Kalau awal-awal tu submit properly ke PBT setel dah. Tak gitu?

#Kesan 3 : Roboh?
Boleh ke? Boleh saja. Ingat tak dulu ada kes abang ni viral cakap PBT tak buat kerja, kejap lagi satu PBT tu round kawasan cari struktur haram dan robohkan semua struktur yang tak dapat kelulusan di rumah-rumah. Itu pasal jangan main-main dengan PBT,sekali dia enforce, tak senang tidur kita.

Ada juga kes terpencil PBT fail kan ke mahkamah untuk merobohkan rumah yang dibuat tak ikut pelan lulus. Sampai macam tu sekali.

#Kesan 4 : Sita
Dah kenapa aku buat rumah kat tanah aku, aku tak boleh masuk?? ( baca nada Azlee Senario) Ada juga kes rumah disita pasal buat tak ikut kelulusan majlis. Rumah dah buat cantik-cantik, PBT sita. Nak tidur mana? Ha tidur lah kat hotel sebulan dua. Ni semua gara-gara kes buat renovation secara haram.

#Kesan 5 : Insurans tak cover
Rasa-rasa ada tak insurance provider nak cover rumah yang dibuat tanpa kelulusan ? Sudah pasti kalau terjadi kemalangan, terbakar, runtuh, insurance provider akan datang buat siasatan menyeluruh dan confirm-confirm bila tahu rumah itu dibuat tanpa kelulusan, mereka tak akan cover.

Aku pernah jaga projek under construction dulu terbakar. Peh insurans punya orang investigate tu agak menyeluruh lah juga. Benda pertama dia tanya lulus ke tak projek ni. Tu dulu.

#Kesan 6 : Beli rumah renovation tak da kelulusan, tuan rumah baru kena tanggung!
Ya kalau rumah yang kita beli tu tak ada kelulusan, kalau tiba-tiba PBT datang ambil tindakan, tuan rumah baru kena tanggung. Nampak zalim tapi itulah yang perlu dihadap. Kenapa waktu beli tak check pelan lulus dulu? Kenapa tak check ada approval ke tidak sebelum beli?

Nak tahu lebih lanjut boleh baca post yang ditulis oleh Ar. Azizul Azwar di bawah.

 
Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita kena faham bila bab tambah struktur, ianya melibatkan hal keselematan penghuni dan orang sekeliling. Kalau lah renovation haram ni dibuat dan tiba-tiba runtuh atau rosak dan mencederakan orang lain, macam mana? Siapa salah? Siap yang kena tanggung dan paling penting sanggup ke nak tanggung?

Itulah kerja arkitek, jurutera dan PBT perlu review setiap kerja renovation untuk memastikan keselamatan dan ikut segala peraturan baru lah diluluskan. Kata kunci dia, untuk pastikan selamat. Buat lah renovation ikut peraturan supaya mudah di kemudian hari. Tidur pun lena.

So apa tunggu lagi, check la rumah ada tak pelan lulus? 

Post a Comment

1 Comments

  1. taknak sebarang masala berbangkit kemudian hari kenalah ikut peraturan kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.