Betul Ke Produk Susu Farm Fresh Bukan Milik Bumiputera? l Semalam isu produk susu Farm Fresh kembali hangat apabila ada seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad III yang telah membuat semakan menggunakan
Interepo
(www.interepo.com) ke atas pemilikan Farm Fresh sama ada ianya hak milik bumiputera atau tidak. Pada masa yang sama, semakan yang dibuat juga bertujuan untuk memeriksa adakah benar usahawan yang dikenali ramai iaitu Azmi Zainal “Boss Susu” merupakan salah seorang pemilik produk tersebut. Banyak kali juga dilaporkan disebabkan atas dasar gerakan Buy Muslim First (BMF), produk ini telah diangkat dikalangan bumiputera.
Anda boleh baca posting di bawah.
FARMFRESH MILIK BUMIPUTERA? MUSLIM? MELAYU? BMF? Dah banyak kali orang request aku SCRUT company Farmfresh ni. Aku...
Posted by Aliff Ahmad III on Monday, 25 January 2021
Namun, timbul beberapa ulasan oleh pemilik akaun Facebook yang lain, adakah menjadi satu kesalahan apabila Azmi Zainal bukanlah salah seorang pemilik Farm Fresh yang sebenar. Bahkan, pemegang saham terbesar syarikat yang mengeluarkan produk Farm Fresh adalah kebanyakannya bukanlah daripada golongan bumiputera.
Ini diulas lanjut oleh saudara Bukhari Ramli dan Fdaus Ahmad.
FARM FRESH: NI BUKAN PASAL BANGSA "Ah rupanya Melayu kena tipu lagi." "Cerita dia jual susu kat pasar tu tipulah ye." "...
Posted by Bukhari Ramli on Monday, 25 January 2021
Farmfresh memang bukan milik Melayu. Tapi, Farmfresh ada seorang pekerja Melayu yang cemerlang, berdedikasi, take...
Posted by Fdaus Ahmad on Monday, 25 January 2021
Sebenarnya, fakta pemilikan Farm Fresh sememangnya sudah diketahui umum sejak 2019 lagi. Tambahan pula, susu yang dicadangkan oleh saudara Aliff Ahmad III di dalam postingnya, susu Devondale pun bukan BMF, disebabkan ianya produk 100% milik Australia yang di-import masuk, antaranya oleh Ifmal (boleh beli kat Jaya Grocer)
Ulasan ini dibuat oleh saudara Zikri Kamarulzaman di dalam posting di bawah.
Aku tertarik dengan viral post #BMF berkenaan samada Farm Fresh ni syarikat/produk Bumiputera/Islam. Fakta berkenaan...
Posted by Zikri Kamarulzaman on Tuesday, 26 January 2021
Berkenaan dengan Farm Fresh secara umum, ia dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Company. Dalam syarikat ini mempunyai beberapa shareholder dan ahli lembaga pengarah antaranya Khazanah Nasional (institusi nasional), Rainforest Capital (Mr Loi) dan Farm Fresh Dairy Produce (milik Azmi Zainal dan rakan Ausie beliau).
Dalam konteks perniagaan perkongsian, Mr. Loi adalah CEO, Tn Azmi Zainal sebagai COO dan Ganesh sebagai CFO. Ada Cina, Melayu dan India yang mentadbir serta memiliki kepentingan syarikat ini. Atau secara zahirnya Farm Fresh adalah milik Malaysia dan milik rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Sebenarnya isu ini telah dikupas dengan mendalam oleh saudara Halim Abdurrahman Halim pada 2019 di dalam Facebook beliau. Cuma tidak pasti kenapa isu sedemikian perlu dibangkitkan lagi. Anda boleh baca ulasan beliau di dalam posting di bawah.
Memandangkan hal ini sudah semakin viral, boikot yang tak masuk akal, berbaur rasis dan seakan mengharamkan apa yang...
Posted by Halim Abdurrahman Halim on Wednesday, 22 May 2019
1 Comments
HALAL PRODUKNYA TIADA MASALAH
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.