Resepi Air Bandung Laici Cincau Yang Kaw Kaw Sedap!

Resepi Air Bandung Laici Cincau Yang Kaw Kaw Sedap!Sesedap mana pun juadah hidangan berbuka puasa, air jugak yang akan dicari terlebih dahulu. Biasalah, sehari suntuk tekak kering menahan dahaga. Bulan puasa setakat ini, asyik dalam musim panas. Konpem waktu berbuka nak pekena air yang sejuk-sejuk. 

Kalau rasa malas, boleh beli kat bazar ramadan kan. Bermacam-macam jenis air minuman yang korang boleh dapati masa bulan puasa ni. Air kelapa, air mangga, air lemon soda, air katira, air asam boi dan banyak lagi la. Kalau ikutkan hati memang nak borong setiap satu jenis air. Tapi takkan hari - hari nak beli bazar. Buat sendiri lagi jimat banyak kan. Musim ekonomi tak berapa cantik ni, baik buat sendiri. 

So, kali ni aku nak kongsikan satu resepi air minuman iaitu resepi air bandung laici cincau yang kaw kaw sedap sewaktu berbuka puasa. Cara nak buat resepi air bandung laici cincau ni mudah je, jimat dan korang boleh minum sampai puas. 

Resepi ni sebenarnya dikongsikan oleh saudara Ben Safwan. Memang terbaik! 

Bahan-bahan: 
- 1 tin laici 
- 1 tin susu cair 
- 1 tin susu pekat 
- 3 sudu makan kacang tanah tumbuk 
- 3 1/2 sudu makan sirap cap rose 
- 1 sudu makan biji selasih 
- 5-6 biji kurma merah 
- 50-60 gram cincau hitam (rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.)


Cara penyediaan: 
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau. 
2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais. 
3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau korang suka air soda,boleh juga tapi Ben suka cara camni. Boleh ikut kesukaan masing-masing ye! 




Selamat mencuba la ye resepi air bandung laici cincau kaw kaw sedap ni. Buat hari-hari pun boleh :)

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.