Beli Huawei Matebook D15 Dengan Harga Murah Di Lazada l Hari ni aku nak share dengan korang tentang Huawei Matebook D15 dari Huawei yang baru je sampai. Masih panas-panas lagi ni. Nak dijadikan cerita, performance laptop Asus aku yang dah berusia 7 tahun dah semakin nazak. Nak buka Window pun ambil masa yang agak lama. Kalau buka lebih daripada satu aplikasi, memang skrin laptop terus freeze. 2 tahun lepas dah tukar motherboard, sebab ada masalah blue screen. Lepas tu, DVD drives pulak yang buat hal, datang sekali dengan masalah sound. Rasa macam nak campak ke dinding je bila tengok buat kerja tiba-tiba laptop meragam.
Antara asbab beli laptop baru ni, aku sebenarnya tengah scroll barang-barang di Lazada, window shopping orang kata. Ternampak pulak flash sale dari Huawei Flagship Store yang tengah berlangsung. Tengah buat jualan murah laptop pulak tu. Lagipun masa ni memang tengah aku mencari laptop yang harga bawah RM3000 ke bawah. Harga bagi Huawei Matebook D15 yang ditawarkan masa tu di Lazada ialah RM2099. Aku dah cuba survey harga kat Seng Heng, laptop yang sama tapi harga yang diorang offer ialah RM2499. Dah boleh jimat RM350 beli secara online.
Apa lagi, terus masuk dalam cart dan buat pembayaran. Seminggu kemudian dah sampai rumah dan barang sampai dalam keadaan perfect. Terima kasih kat abang LEX yang hantar barang. Siap call lagi tanya ada orang tak kat rumah.
APA YANG BEST TENTANG HUAWEI MATEBOOK D15 INI?
Baru je explore laptop ni dan install mana-mana aplikasi yang patut. Sebelum tu aku nak share secara ringkas specifications yang ada pada Huawei Matebook D15 ni. Manalah tahu lepas korang baca ni terpikat nak beli laptop ni jugak.
REKA BENTUK
Pertama sekali korang kena tengok design laptop ni terlebih dahulu. So, designnya sangat nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 16.99 mm sahaja. Beratnya pulak ialah 1.53kg. Kalau korang angkat dengan sebelah tangan pun rasa angkat buku yang nipis. Tak terasa beratnya. Reka bentuk atau design Huawei Matebook D15 ni macam curvy sedikit dan berbeza dengan rekaan laptop yang lain.
PAPARAN SKRIN PENUH
Biasanya bila kita beli laptop yang baru, benda yang penting kita nak tengok ialah paparan skrin laptop tersebut. So, skrin Huawei Matebook D15 ni ialah 15.6 inci lebar, membolehkan korang menikmati pandangan paparan penuh. Selain itu, 3 sisi laptop senipis 5.3 mm menjadikan skrin ratio setinggi 87%. Perasaan tu macam korang tengok movie kat pawagam tau. Macam tu la aku boleh describe tentang paparan Huawei Matebook D15 ni.
KAMERA YANG TERSEMBUNYI
Habis tu kalau skrin laptop paparannya lebar, Huawei Matebook D15 ni takde kamera ke? Sebenarnya kamera 1MP bagi laptop ni terletak antara butang F6 dan F7. So, kalau korang nak guna kamera, korang tekan je butang kamera tu dan kalau dah tak nak pakai, tekan balik untuk tutup. Kiranya privacy korang tak mudah dicerobohi la dengan fungsi kamera macam ni.
PRESTASI
Huawei Matebook D15 ini dilengkapi dengan pemproses mudah alih (CPU) AMD Ryzen 5 berkuasa 3500U. Menggunakan kad grafik Radeon Vega 8 dan juga kipas sirip 2.0 membolehkan korang guna laptop dalam jangka masa yang lama. So, laptop ni jadinya takde la panas sangat.
STORAN BESAR
Huawei Matebook D15 ni didatangi dengan 2 storan peranti, terdiri daripada 256GB SSD dan 1TB HDD untuk meningkatkan kelajuan read and write sebanyak 50% berbanding memori saluran tunggal. Power kan!
PENGIMBAS CAP JARI
Matebook ni jugak menggunakan reka bentuk pengimbas cap jari dekat butang power. Maknanya kalau korang nak log in , korang letak je jari di butang power. Semudah tu je.
FUNGSI HUAWEI SHARE
Korang pernah tak nak transfer files dari handphone korang ke laptop tapi malas nak guna USB, Bluetooth atau email? Good news untuk korang sebab Huawei melancarkan teknologi touch and transfer Huawei dengan kolaborasi multi skrin ni, ianya boleh menghantar files dengan sangat pantas daripada Huawei Matebook ke handphone yang support EMUI 10.
BERAPA HARGA HUAWEI MATEBOOK D15?
Pada pendapat aku, harga laptop bergantung pada seller. Ada sesetengah kedai jual pada harga RM2499, ada yang jual dengan harga RM2299. ada jugak RM2389. So, korang kena pandai-pandai la carik seller yang trusted dan dapat bagi harga yang terbaik. Aku nasib baik dapat masa harga flash sale, RM2099 sekali dengan percuma Huawei mouse.
Harga Huawei Matebook D15 di https://www.huawei.com/my/ |
Harga Huawei Matebook D15 di Lazada
Sebenarnya ada jugak la 2 3 laptop lain aku survey macam Asus, Microsoft Surface dan Apple Macbook. Tapi bila fikir balik tak matching pulak kalau beli brand lain sebab hanphone pun aku guna Huawei P30 Pro. Yang mendorong aku nak beli laptop ni sebab fungsi Huawei Share tu, mudah untuk transfer data, files, gambar dengan fungsi ni.
Bagi aku puas hati la dapat laptop ni. Huawei Matebook D15 ni adalah nipis dan ringan yang menggabungkan paparan skrin penuh dan kolaborasi multi skrin. Ia juga dilengkapi dengan pengecasan super cepat mudah alih. Sesuai dengan tugas aku sebagai seorang cikgu dan juga blogger :)
5 Comments
boleh la nak try survey jugak ni.
ReplyDeletekak pun guna jenis ni
ReplyDeleteHuawei pun dah keluarkan laptop ye
ReplyDelete.igtkan handphone shj.
wah bestnya
ReplyDeletekalau ada duit lebih memang rasa nak beli
Baru je beli acer swift julai 2019. Jika blom, mahu gak beli huawei ni.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.