Jadual Gaji 2020 Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2020 l Apabila masuk tahun baru setiap tahun, perkara penting yang perlu dilakukan adalah membuat perancangan kewangan dengan betul iaitu dengan mengetahui jadual tarikh pembayaran gaji, terutama bagi mereka yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
Kenapa perancangan kewangan perlu ada?
Dengan mengetahui jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan 2020 kakitangan awam mungkin dapat membantu anda merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan kalendar cuti sekolah. Gaji kakitangan awam dibayar sebulan sekali mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2020
Berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi tahun 2020. Waktu kritikal adalah waktu menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pembayaran gaji seterusnya akan mengambil masa yang lama disebabkan gaji telah dibayar awal untuk persiapan Hari Raya.
Jadual ini telah disediakan dan diterbitkan secara rasmi di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Jika diteliti, hampir kebanyakan tarikh pembayaran gaji adalah pada hari khamis. Terdapat 3 kali pembayaran gaji pada tahun 2020 diawalkan disebabkan oleh perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Hari Krismas. Jadi, untuk gaji bulan Januari, Mei dan Disember, berhemahlah menguruskan kewangan anda.
Semoga jadual bayaran gaji bulanan 2020 memudahkan kakitangan awam atau penjawat awam merancang perbelanjaan isi rumah dan percutian ke arah kehidupan yang lebih terjamin.
1 Comments
kita PKP hingga 28/4/2020..
ReplyDeletedatang baca di blog Etuza ya menarik pengalaman Etuza di Madinah
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.