7 Kesilapan Anak Muda Menghalang Untuk Beli Rumah Pertama l Berapa ramai anak muda apabila melangkah ke alam 35 tahun baru nak sedar diri. Masa muda ni kau tak nak dengar nasihat orang. Nak belajar daripada pengalaman kononnya. Dah dapat pengalaman pedih dan perih tu, kau tanggung lah. Jadi, buat yang masih muda ni kau boleh baca untuk iktibar.
Macam aku sendiri, masa muda-muda dulu, joli sakan. Maklumlah, bujang lagi dan kesedaran untuk beli rumah masih lagi tak berapa nak ada. Dapat duit gaji setiap bulan, fikiran hanya terarah untuk beli baju, tukar sport rim, jalan sana sini. Padahal harga rumah pada tahun tersebut lebih kurang dalam RM100K je. Kalau difikirkan, dengan duit gaji yang dapat setiap bulan, mampu sangat untuk buat bayaran rumah yang berharga RM100K tu setiap bulan. Dari tahun ke tahun, barulah kesedaran untuk memiliki aset tu timbul. Seriau tengok harga rumah makin meningkat. Alhamdulillah, setakat ini aku dah berjaya beli rumah semi D untuk dijadikan sebagai kediaman walaupun umur dah mencecah 32 tahun.
7 Kesilapan Anak Muda Menghalang Untuk Beli Rumah Pertama
Yang masih belum sedar tu, cepat-cepatlah ye sedar sebab banyak kesilapan yang korang buat boleh menghalang untuk memilki hartanah. Antaranya:
1. Tidak Tahu Aliran Wang
Pernah tak kau dapat gaji, lepastu tak tahu duit pergi ke mana. Tiga minggu lepas gaji, tengok dompet serupa tumbuk bawang. Kau kena bijak mengawal aliran wang, bukan wang yang mengawal kau. Nak tahu kemana wang kau pergi, buatlah bajet. Sekarang banyak aplikasi dekat Google Store tu.
.
2. Bercinta Dengan Hutang
Paling banyak yang buat benda ni adalah mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan terutamanya sektor awam. Dah ada slip gaji, senang la kan nak buat pinjaman peribadi. Tak fikir dah kesan baik buruknya. Bila ditanya kenapa buat pembiayaan peribadi, jawapannya sebab nak kahwin. Nak buat majlis gilang-gemilang. Takut apa pula orang kata. Keluar universiti, tapi majlis tak grand langsung. Susahla kalau macamtu. Buat je lah majlis ikut kemampuan kau. Kau yang kena tanggung, bukan mulut-mulut yang bercakap tu.
.
3. Hutang Kad Kredit
Kad kredit adalah pembunuh senyap pengurusan kewangan. Jika kau tak pandai kawal dan main swap je, bayar pun separuh-separuh memang kau akan merana serta menderita lah nanti. Kau kena ingat kadar faedah kad kredit merupakan kadar faedah yang paling tinggi. Boleh mencapai 18%. Tak salah guna kad kredit jika kau pandai mengawalnya.
.
4. Kereta Idaman
Tak salah mempunyai impian untuk memiliki kereta mewah. Yang salahnya apabila kau membeli kereta di luar kemampuan sendiri. Dah tahu gaji sebulan RM2000 tapi masih meneruskan impian membeli kereta Honda City. Alasannya tu lah kereta idaman, kereta impian sejak zaman belajar lagi. Kos petrol, servis, tol, kena ambil kira juga. Takkan setiap bulan nak bayar ansuran kereta Honda City tapi malam-malam makan megi je. Agak-agaklah kan. Hold dulu impian tu. Kumpul duit dulu. Biar stabil. Nanti dah stabil belilah kereta impian tu. Tak lari gunung dikejar.
.
5. Gaya Hidup Mewah
Baru dapat gaji sendiri, dah mula rasa kaya. Lepak kedai mewah dan hipster je. Tidak salah mencuba sekali dua tetapi janganlah sampai setiap minggu nak makan di luar. Pakaian pula nak yang berjenama je. Telefon pintar kena up to date. Beli secara hutang pun tak jadi masalah. Janji yang terkini
.
6. Tidak Menyimpan
Masa muda ni buat apa nak menyimpan kan. Tunggu tua sedikit la baru nak menyimpan. Itu sikap kau. Kalau mula awal, hasilnya juga nampak awal. Cuba mulakan menyimpan 10% daripada pendapatan sejak mula bekerja. Tak seharusnya kena menyimpan 10%. Mulakan dengan menyimpan 2%. Lepas tu naikkan 5% daripada pendapatan. Asasnya, simpan dulu baru berbelanja. Simple.
.
7. Suka Travel
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Ya, pergi travel bagus. Kau boleh jumpa ramai orang. Pemikiran jadi hebat. Tapi kalau pergi travel sampai tak bayar PTPTN, duit kutu, duit member pun tak habis bayar lagi, baik tak payah. Hutang dah keliling pinggang. Orang bank telefon tak nak jawab. Member mintak balik hutang, kau maki member pulak. Baik kau travel ke Port Dickson je, guna Myvi zero downpayment kau tu. Lagi jimat. Tak payah travel luar negara. Eleh, kau tu dekat Insta up gambar pergi travel luar negara. Dekat Fesbuk marahkan kerajaan harga barang makin meningkat.
Dah kerja 5-10 tahun, gaji pun dah besar, kau nak travel ke, nak beli kereta import mewah ke, nak layan kehendak kau ke, nak main hobi mahal ke terserah kau la. Masa tu kau dah banyak duit. Kau korban dan tangguhkan kehendak sekejap je pun.
Masa muda ni lah kau nak membina aset ataupun membina beban hutang. Pilihan di tangan kau. Hasilnya bukan nampak sekarang, tapi lagi 10 tahun akan datang. Jom berubah ke arah kebaikan. Kah!
3 Comments
Abe Kie mula duduk di umah skrg ni pd usia 34 thn. Mujurlah dpt balik Kelate. Dpt bina banglo kecil ni. Dok di tgh2 antara rumah ayah n kg mentua. Fair n square.
ReplyDeleteRumah itu aset...tpi perlu ikut kemampuan dulu jgn paksa
ReplyDeleteakak bila dpt kerja perkara utama fmly paksa beli rumah wlupun keje tak tetap....
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.