Tolong Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai 7 Perangai Ini!

Tolong Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai 7 Perangai Ini! l Perkongsian daripada saudara Amir Syahir mengenai perangai bakal suami seperti dibawah wajar dijadikan panduan pada mereka yang nak mendirikan rumah tangga. Zaman sekarang ni ketua keluarga mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi keluarga.


Korang perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan. Biasanya 5 tahun pertama fasa perkahwinan, isu yang selalu dibangkitkan antara pasangan ialah duit tak cukup. Belum akhir bulan lagi, duit gaji dah kering. Pasal bab ni, korang tak perlu jadi pakar kewangan pun. Janji tahu aliran wang keluar masuk dan tidak berhutang sesuka hati, itu sudah memadai.

Tolong Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai 7 Perangai Ini!  

Kalau rasa bakal suami korang ada perangai seperti di bawah, korang kena nasihatkan dia awal-awal lagi ye. Antaranya :

1. Masa korang tengah dating, dia asyik mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Nak suruh kerajaan bagi pendidikan percuma, tapi dia sampah pun buang merata-rata.

2. Bercinta agak lama. Korang ajak jumpa mak ayah pun dia mengelak bagai. Kata tak sedia la, segan lah, tak cukup duit la. Kalau masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan, korang suruh dia "Cintai Sungai Kita" je la.

3. Merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kahwin hanya sekali katanya. Biarlah grand.Meriah gitu. Barulah bangga sampai anak cucu. Nak update Facebook pun senang.

4. Selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.

5. Tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Kaki berhutang sana sini. Selalu bercinta dengan pinjaman peribadi semata-mata untuk nampak bergaya. 

6. Ada kad kredit sampai tiga, empat keping. Beli tiket wayang guna kad kredit, makan dekat kedai hipster guna kad kredit. Padahal hutang kad kredit dah berlambak.

7. Selalu guna ayat "Kita kena sama-sama susah dan senang" bila nak pinjam duit korang. Sebab ada kereta import mewah, bayar ansuran tinggi, hobi mahal tak padan dengan gaji. Hisap vape pulak tu memang tengah bulan akan pokai.

Korang kena ingat. Masa muda, masa zaman bercinta ni korang akan nampak yang indah-indah belaka. Pakwe sanggup belikan anak patung besar, baju sedondon, kasut sama bagai. Bila korang tengok pakwe orang lain buat kejutan kononnya sweet tu, mulalah korang menggelupur tag pakwe sendiri. Minta buat benda sama. Pesen nak ikut orang je. Kesian pakwe korang tu. Hakikat hidup berumah tangga korang kena belajar juga. Takkan sampai bila-bila nak bercinta yang tak halal je kan?

Kalau masa bercinta korang dah bersweet bagai, nanti lepas berkahwin korang dah tak merasai manisnya bercinta lepas kahwin. Dah tak ada apa yang tinggal. Semuanya dah korang lalui. Seelok-eloknya bercintalah selepas kahwin. Bersweet lepas kahwin, barulah best dan dapat pahala.

Masa bercinta ni tak payah nak membina kenangan terindah bagai la. Pergi jalan sana sini dengan pakwe / makwe korang. Beli anak patung besar, tempah restoran mahal-mahal. Duk bazir duit je tapi nak menyimpan untuk buat majlis kahwin langsung tak ambil peduli. Niat nak jadikan makwe sebagai kekasih halal langsung takde.

Dah kenal setahun dua tu eloklah percepatkan perkahwinan. Takde duit? Buat kecil-kecilan saja. Bincang dengan bakal mak ayah mertua korang elok-elok. Diorang lagi suka ada orang nak jaga dan tanggung anak mereka. Taklah mereka risau kalau korang keluar malam angkut anak dia. Ye dak?

Ini tidak. Setiap minggu lepak kedai kopi hipster lah, keluar tengok wayang lah, lepak kedai makan mahal-mahal, pergi bercuti luar negara je. Tapi nak membina tabung perkahwinan bersama-sama pun susah. Apa nak jadi la. Kah!

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.