Resepi Maggi Kari Tumis Sedap Tak Terkata! l Cakap je pasal maggi kari tumis, ramai yang meleleh air liur tengok kepekatan kuah kari dicampur dengan bahan tumis yang lain. Kalau di kedai makan, harga sepinggan maggi kari mungkin dalam RM5 lebih. Buat apa nak beli kalau boleh masak sendiri kan. So, siapa yang suka sangat maggi kari, boleh la cuba resepi maggie kari tumis ini. Cara nak masak pun memang senang sangat! Yang suka pedas digalakan cuba ye.
Resepi Maggi Kari Tumis Sedap Tak Terkata!
Bahan-bahan yang perlu disediakan :
- 2 bungkus maggi kari
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji telur
- Sayur sawi, carrot, hot dog (ikut citarasa korang nak letak atau tak)
- Cili padi (ikut kepedasan yang korang suka)
Cara memasak :
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan gaul sekali dengan rempah maggi.
2.Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing. Dulu-dulu nenek kata masukkan air dalam lesung, petua untuk masak sedap katanya. Kemudian, masukkan air ikut suka nak banyak kuah atau tak,tunggu sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, masukkan maggi, pecahkan telur dan tutup api. Kalau ada sayur sawi,hot dog boleh la masukan sekali. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
0 Comments
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.