Buat Duit Setiap Bulan Dengan 4 Program Affiliate Ini

Buat Duit Setiap Bulan Dengan 4 Program AffiliateBergantung hidup sepenuhnya pada gaji memang takkan cukup. Separuh daripada gaji yang diterima kebiasaannya akan digunakan untuk menyelesaikan komitmen hutang bulanan seperti hutang rumah, kereta, insuran dan sebagainya. Dah selesai bayar semua hutang, itulah gaji bersih kita. Mesti duk termenung panjang kan tengok jumlah gaji bersih tu..hahaha. I feel you.

Untuk kurangkan beban kewangan, ada banyak cara yang boleh dibuat. Salah satu caranya ialah aku nak kongsikan 4 affiliate yang paling bagus untuk aku. Setiap bulan mesti akan ada pendapatan yang masuk. Banyak atau sikit itu cerita lain. Yang penting ada duit masuk dalam akaun.

Buat Duit Setiap Bulan Dengan 4 Program Affiliate


1# Klikjer

Kebanyakkan blogger dah ramai tahu dan join program affiliate klikjer. Kalau tak ada blog pun masih boleh join cuma hasilnya kurang sedikit berbanding guna platform blogger untuk jana pendapatan melalui program affiliate ini.

Daftar percuma. Tak perlu bayar satu sen pun.

Lepas tu, korang promosikan eBook yang ada di Klikjer. Macam-macam jenis eBook yang ada. Pilih yang mana korang suka untuk dipromosikan kepada pembaca. Cara promosi terpulang pada kreativiti masing-masing.

Secara puratanya, setiap 100uv akan ada satu sale. Bagi aku, cara paling mudah untuk dapat sale dengan rajin tulis artikel berkaitan produk yang ada di Klikjer. Copy paste je info yang ada dalam eBook tersebut. Bayangkan ada yang dapat RM6000 lebih dengan mempromosikan eBook dari Klikjer sahaja. Korang tak rasa teringin ke?

Bagi aku pulak, setiap bulan ada email yang masuk mengatakan ada eBook yang terjual. Dari situ, dapatlah komisen. Bolehlah untuk makan kat KFC..hehe. 

Kalau korang belum daftar, boleh daftar kat sini.


2# Involveasia

Involve Asia ni affiliate untuk laman-laman web lain macam Lazada, Zalora dan lain lain. Komisen pulak tak tentu ikut yang ditawarkan oleh pihak publisher.

Komisen ada dalam bentuk CPA, CPC dan CPS.

Setakat ni belum lagi dapat hasil sebab promosi pun on and off je. Fokus aku lebih kepada affiliate jenis eBook.

Nak daftar Involve Asia ni percuma jugak. Korang masuk dan daftar sebagai publisher. Lepas dah sign up, ikut kreativiti  korang nak promosi laman web apa dan macam mana. Banyak lagi affiliate yang korang boleh join kat Involve Asia. Korang daftar dan pilih sendiri yang berkenaan ye.

Kalau korang belum daftar, boleh daftar kat sini.


3# Shopback

Shopback ni secara ringkasnya tempat dimana korang boleh dapatkan cashback selepas korang buat pembelian secara online dimana-mana laman web terpilih seperti Lazada, Zalora, Shopee dan banyak lagi. Selain dapat cashback, korang juga boleh dapat bonus sebanyak RM5 apabila korang refer orang untuk sign up dengan Shopback. Kalau 1 orang korang dapat RM5, bayangkan 100 orang korang refer dapat la RM500.

Kalau korang tak faham pasal Shopback ni, boleh baca disini.

Shopback ni setiap bulan aku guna untuk beli barang secara online di Lazada. Masuk Shopback, tekan Lazada dan cari barang yang nak dibeli. Secara automatik, dapat jimat beberapa ringgit. Cashback atau rebat akan masuk dalam akaun Shopback dan bila jumlah rebat tu dah "cukup tempoh" , boleh transfer ke akaun bank.

Kalau korang suka dan selalu shopping online, wajib guna Shopback tau. 

Nak join boleh daftar percuma kat sini. Barang dapat, duit pun dapat!


4# Baituljannah

Baituljannah adalah laman web cari jodoh di Malaysia yang menjemput korang untuk menyertai program affiliate mereka. Setiap akaun secara automatiknya mempunyai dua fungsi iaitu sebagai ejen affiliate dan sebagai calon cari jodoh.

Pendapatan daripada affiliate Baituljannah dianggap sangat lumayan. Korang dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran baru dan mendapat komisyen tinggi setiap kali ahli menaik taraf akaun masing-masing. 

Dan jika korang mahu menjana pendapatan lebih lumayan, upgrade akaun anda kepada premium.

Daftar sebagai affiliate di Baituljannah

Selamat membuat duit dengan 4 affiliate di atas.

Post a Comment

1 Comments

  1. dah daftar tapi x aktif.. huhu... kena byk belajar lg pasal affliate ni... nice sharing

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.