Cara Daftar Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland

Cara Daftar Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland l Kali pertama check in di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands, berbaloi bayar RM150.00 untuk 4 hari 3 malam di sini. Lokasi RPP Cameron Highland terletak di tanah rata. Pemandangan sangat cantik sebab RPP ni terletak di atas bukit dan kawasannya agak privasi..cuaca pulak agak sejuk tambah-tambah kalau waktu malam...gigil weyhh.

Rumah peranginan persekutuan Cameron Highlands

RPP Cameron Highland adalah khas untuk kakitangan awam dan kadar bayaran untuk 1 malam adalah RM 50.00 sahaja untuk bilik biasa. Puas hati sangat dengan bilik besar, katil ada satu queen dan satu single. Keadaan bilik sangat bersih, dengan kata lain berbaloi-baloi. Betul ada orang kata macam penginapan 5 stars.

Kelengkapan Perabot Di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

Ruang yang besar, bersih dan selesa untuk menginap

Disediakan 1 katil queen dan 1 katil single

Ruang bilik air dan bilik mandi bersebelahan. Jangan risau, air panas ada disediakan

Turut disediakan ialah peti sejuk mini

Sejadah dan penyidai. Ada 4 cermin termasuk kat bilik air..pilih je nak ngadap yang mana

Almari pakaian untuk menyangkut baju

Cara Daftar Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland

1. Nak booking boleh ke laman web www.bph.gov.my dan booking hanya melalui online sahaja. Bukak portal BPH kemudian login masuk. Kalau tak pernah daftar lagi, pada paparan "klik di sini" ,bawah pendaftaran pengguna. Nanti pihak BPH akan emailkan kata laluan untuk login masuk

Log masuk ke BPH untuk daftar rumah peranginan persekutuan

2. Bila berjaya booking, dia bagi tempoh 6 hari rasanya kalau tak silap untuk buat pembayaran. Hanya klik kat bayar secara online jugak. Nanti bila kita dah buat pembayaran, akan ada satu maklumat pembayaran dan detail permohonan kita yang diluluskan, yang mana bahagian itu kena print.

*RPP Cameron Highland ni ada 4 jenis unit  (tambahan maklumat)

Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

1. Banglo 3 bilik - Rm150 untuk 1 malam ( Gred 48 ke atas sahaja layak memohon)

2. Apartment 2 bilik - Rm100 untuk 1 malam ( semua gred layak memohon)

3. Bilik biasa (macam kami duduk tu ) - Rm50.00 untuk 1 malam (semua gred layak memohon)

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

1. Banglo 4 bilik - RM200.00 ( Jusa A sahaja layak mohon untuk waktu puncakndan Jusa C untuk luar waktu puncak. 

Tarikh Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highland

Tarikh tempahan dibuka adalah tiga (3) kali setahun iaitu:
i.  Buka bermula 1 Mac (Tarikh penginapan 3/5 –2/9)
ii. Buka bermula1 Julai (Tarikh penginapan3/9 –2/1)
iii.Buka bermula1 November (Tarikh penginapan3/1 –2/5)

*Sebarang pindaan pada tarikh tempahan dibuka secara online akan dimaklumkan oleh pengurusan BPH.

Semakan Kelayakan Dan Kadar Sewa RPP

Semakan kelayakan dan kadar sewa di bahagian yang dibulatkan

Kalau nak semak senarai RPP yang kita layak dan kadar sewa RPP, boleh semak kat depan portal BPH dengan klik dekat rumah peranginan persekutuan & transit -> Eksekutif

Detail garis panduan RPP boleh rujuk sini - http://www.bph.gov.my/sbbphv2/documents/Pekeliling/Garis_Panduan/garis_panduan_pengurusan_rpp.pdf#viewer.action=download

**Pekeliling peraturan penggunaan RPP klik sini http://www.bph.gov.my/sbbphv2/documents/Pekeliling/Pekeliling/SPA022015_peraturan_menggunakan_rpp_28.07.2015.pdf#viewer.action=download

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.