Ramai di antara kita yang masih tidak tahu, Tabung Haji telah pun menjalankan usahasama bersama bank-bank terpilih untuk memudahkan transaksi penyimpan di cawangan bank-bank tersebut. Antara bank yang terpilih ialah CIMB. CIMB merupakan sebuah bank yang mempunyai rangkaian cawangan yang luas di negara ini.
Penyimpan/pendeposit Tabung Haji kini sudah boleh melakukan transaksi pengeluaran, pemindahan wang dan deposit. Malah, pendaftaran haji juga boleh dilakukan dengan hanya akses di ATM CIMB. Memang mudah.
Syaratnya, penyimpan Tabung Haji tersebut mestilah mempunyai akaun dan kad ATM CIMB bagi membolehkan mereka membuat transaksi berikut. Mereka hanya perlu daftar akaun Tabung Haji mereka di mesin ATM CIMB dengan cara-cara berikut.
Cara Daftar Akaun Tabung Haji Ke ATM Kad CIMB
Dengan adanya perkhidmatan ini, simpanan di Tabung Haji menjadi lebih mudah bagi mereka yang ingin menyimpan dan mendapat pulangan yang berbaloi. Pelbagai transaksi sudah boleh dilakukan dengan hanya di mesin ATM dan CDM CIMB. Apa lagi? Jom mulakan simpanan di dalam Tabung Haji.
1 Comments
Terima kasih infor ni
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.