Sapu Gel Timun Untuk Dapat Kulit Macam Putih Telur

Sapu Gel Timun Untuk Dapat Kulit Macam Putih TelurMempunyai kulit yang bersih, sihat dan berseri-seri tanpa cela adalah perkara yang diidamkan oleh setiap wanita dan juga lelaki. Tambah pulak kalau menjelang Hari Raya, mestilah anda mahu kelihatan cantik tanpa sebarang jerawat dan kulit kusam kan? Timun dan aloe vera sudah semestinya mempunyai ‘kekuatan’ untuk menjadikan kulit anda jadi seperti apa yang diidamkan. Jadi, apa kata gabungkan dua bahan ini untuk dapatkan kulit yang ‘flawless’ di Hari Raya nanti.


Gel timun ni sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa dekat muka tu pun boleh cuba pakai gel timun ni. Dan yang paling best., gel timun ni boleh elak dari jerawat terus merebak. Pakai sebelah malam dan esok bangun pagi insha allah, jerawat akan terus kecut. Best kan?

Untuk yang ada masalah pori besar pun digalakkan untuk pakai gel timun ni. Kejap je pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.

Bahan-bahan:
1. 1/2 Timun
2. Gel Aloevera (boleh beli kat watson atau guardian)
3. Penyagat

Cara penyediaan:

1. Sagat timun sampai habis 

2. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun. 

3. Ambik air timun , campur dengan alovera.

4. Masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Gel timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas tu, confirm kulit licin macam telur. Flawlesss gitu. Yang mana ada masalah berat badan, dinasihatkan supaya baca Panduan Untuk Kurus Dengan Mudah sekarang! Muka dah cantik badan mesti nak kurus kan!

Post a Comment

0 Comments