Elak Disaman Dengan 45 Lokasi Kamera AWAS Ganti AES

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil alih operasi 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) . Kamera itu digunakan bagi mengesan kesalahan kenderaan melebihi had laju dan pemandu tidak mematuhi lampu isyarat merah

Lokasi operasi AWAS akan disertakan dengan pemasangan tiga papan tanda pemberitahuan zon operasi kamera. Bagi kes langgar lampu isyarat merah, tiga papan tanda akan dipasang dengan jarak 50 meter hingga satu km sebelum kamera berkenaan.

Orang kena saman (OKS) diberi tempoh kompaun selama 60 hari dengan kadar denda RM300 bagi kesalahan AWAS. Mata demerit juga akan ditolak, bagi kesalahan lampu isyarat, empat dan enam mata masing-masing bagi kenderaan motor dan bas. Kesalahan memandu melebihi had laju melebihi satu km/jam ke 25km/jam membabitkan penolakan dua dan empat mata masing-masing bagi kenderaan motor dan bas, 25km/jam ke 40km/jam (tiga dan lima mata) dan melebihi 40km/jam (empat dan enam mata).

Senarai 45 Lokasi Kamera AWAS Ganti AES Di Setiap Negeri



So, elakkan bawa kereta laju dan langgar lampu isyarat bila melalui kawasan yang ada kamera AWAS seperti di lokasi dekat atas ni. Tak pasal-pasal melayang duit korang kena bayar saman. Lebih-lebih lagi hujung bulan. Lagi parah kalau kereta korang tengah rosak dan masuk bengkel. Pastikan korang dapatkan tips jaga kereta dengan mudah dekat bawah tu sekarang!

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.