6 Resepi Minuman Sejuk Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa (Part 2)

6 Resepi Minuman Sejuk Yang Sedap Untuk Berbuka Puasa (Part 2) l Hilang rasa dahaga dan segar...itulah yang dapat diungkapkan selepas meneguk segelas jus sejuk sebaik berbuka puasa. Kerana itulah jus sering menjadi pilihan ramai sebagai minuman sepanjang bulan Ramadan. Apa kata kali ini anda sediakan sendiri jus di rumah, ia mudah dan menjimatkan.


RESEPI COCONUT SHAKE

Bahan-bahan:
- air kelapa muda
- ais krim vanila
- isi buah kelapa
- ais
- air gula

Cara membuatnya:
1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Campurkan aiskrim vanilla
6. Siap sedia dihidang dan diminum


RESEPI AIR KATIRA

Bahan-bahan:
- 410 gm susu cair
- 500 ml ais krim soda
- getah anggur (katira)
- sagu 3 warna
- cendol
- cincau
- potong gajus, badam atau kacang tanah goreng
- buang kulit sedikit asam boi
- hirisan kurma cina
- buah semangkuk
- barli, buah kundur atau buah kabung
- kismis
- biji selasih secukupnya
- bahan sirap hijau (sedikit pewarna hijau daun pandan)
- gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)
.
Cara membuatnya:
1. Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
2. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.


RESEPI CENDOL KOKTEL

Bahan-bahan:
- (tiada sukatan ) cendol
- santan /susu cair
- air gula melaka
- sedikit garam
- hirisan buah nangka
- sagu merah
- fruit cocktail dalam tin
- nata de coco
- buah kabung

Cara membuatnya: 
1. Campurkan semua bahan bersama .Tambahkan air gula melaka ikut kesesuaian manis masing-masing. 
2. Sejukkan di dalam peti sejuk.Hidangkan di dalam mangkuk


RESEPI JUS KASTURI SELASIH PUDINA

Bahan-bahan:
- 6 biji limau kasturi | diambil jusnya sahaja
- 1 sudu makan selasih yang telah direndam
- 10 helai daun pudina
- 3 gelas air mineral
- 4 sudu makan gula pasir
- ais secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan jus limau kasturi dalam jag bersama air mineral dan gula.
2. Kacau rata sehingga gula larut.
3. Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.
4. Sedia dihidangkan.


RESEPI JUS JAMBU BATU

Bahan-bahan: 
- 1 jug plastik
- 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yang jenis berkedut)
- 2 liter air
- 1 1/2 – 2 senduk gula pasir
- sedikit pewarna hijau
- asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris – secukupnya
- air batu secukupnya

Cara membuatnya:
1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yang telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Kisar hingga hancur.
2. Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini.
3. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing.
4. Tambahkan air batu siap untuk diminum. 


RESEPI JUS OREN NATA DE COCO SELASIH

Bahan-bahan:
- 2 biji buah oren
- 2 gelas air sirap
- 150 gm nata de coco
- 1 sudu makan biji selasih yang telah direndam
- ketulan ais secukupnya

Cara membuatnya:
1. Buah oren buang kulit dan biji, kisar bersama dua gelas sirap
2. Tapis jus ke dalam jag.
3. Masukkan selasih, nata de coco dan ketul ais.
4. Sedia dihidangkan.

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.