30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 3) l Menu yang mudah nak sediakan bagi mak-mak time sahur. 5 ke 10 minit dah siap. Pening nak fikir menu sahur 30 hari. Save siap-siap kat sini.
HARI KEDUA PULUH SATU : SOTONG GORENG KUNYIT
- 8 ekor sotong (jumlah terpulang pada diri sendiri)
- kacang panjang
- 1 ulas bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili besar
- 2sb serbuk kunyit
- 3-4 sb sos tiram (saya guna brand maggie)
- minyak masak
- garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Potong sotong kepada 4-3 bahagian.
2. Gaulkan sotong serbuk kunyit ,sos tiram,garam dan peram antara setengah jam.
3. Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing.
4. Ketepikan sotong tadi sebelah dan masukkan bawang besar,bawang putih dan cili sehingga naik bau kemudian masuk kacang panjang.
5. Goreng sehingga kacang layu dan angkat boleh dihidangkan.
HARI KEDUA PULUH DUA : TELUR GORENG DAUN BAWANG
- 2 biji telur
- 1/2 cekak daun bawang - hiris nipis
- 1 tangkai cili merah - hiris
- garam
- 1/2 sudu besar mayonis
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dan dikocok dengan menggunakan garfu.
2. Panaskan minyak dan tuang telur dan goreng sehingga garing yang disukai.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
HARI KEDUA PULUH TIGA : IKAN TERUBUK BAKAR AIR ASAM
Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang merah
- 1 biji tomato - belah 2
- 1 tangkai cili merah - buang biji dan potong 2
- 10 tangkai cili api
- segenggam asam jawa
- belacan - (terpulang pada selera)
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1-2 biji limau kasturi
- serbuk Maggi Cukup Rasa
- sedikit sos tomato maggi
Cara memasak:
1. Ramas ramas asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil jusnya. Tuang ke dalam blender.
2. Tomato, cili dan bawang dibahagi dua. Satu bahagian dikisar bersama air asam jawa. Satu bahagian lagi dipotong dadu.
3. Kisar jus asam jawa, bahan kisar bersama belacan, gula dan garam. Kisar sehingga halus.
4. Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisar sehingga halus.
5. Kemudian tuang ke dalam mangkuk. Masukkan sebahagian lagi bahan yang di potong dadu atau dihiris kecil. Kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan perahan jus limau kasturi dan sedikit kulit limau yang dihiris nipis nipis. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu cair, tak sedap.
7. Masukkan juga serbuk Maggi Cukup Rasa dan sedikit sos tomato. Kacau sehingga semuanya bergaul rata. Sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan.
HARI KEDUA PULUH EMPAT : MASAK KICAP SARDIN DENGAN KENTANG
- 1 tin sardin Mackerel
- 5 ulas bawang merah - hiris
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 1 inci halia – hiris
- 1 biji bawang besar – hiris bulat
- 1 biji cili merah – hiris
- 5 biji cili padi
- 2 biji kentang – hiris nipis
- kicap
- gula
Cara memasak:
1. Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan ikan sardin sambil dibalik balikkan untuk menggoreng ikannya.
2. Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
3. Sebelum diangkat, masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
HARI KEDUA PULUH LIMA : SOTONG REBUS KUAH HITAM
- sotong - tak perlu dipotong
- 1-2 batang serai - ketuk
- 4 ulas bawang putih - ketuk
- 1 labu bawang besar - hiris
- 2 inci halia - ketuk
- garam
- sedikit gula Melaka
Cara memasak:
1. Sotong dibersihkan. Jangan dibuang kulit, dakwat atau tulangnya. Kalau dapat yang bertelur, lagi sedap.
2. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air sekadar menenggelamkan sotong sahaja.
3. Masak sehingga sotong masak dan jangan terlalu lama, nanti sotong akan menjadi liat.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
HARI KEDUA PULUH ENAM : AYAM GORENG KUNYIT
- dada ayam – dipotong dadu
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil gula pasir
- 1 sudu besar sos tiram (pilihan)
Bahan sampingan:
- lobak merah -dipotong memangjang
- cili padi – diketuk
- 1 biji bawang besar – dihiris halus
- bunga kobis – dipotong
- kacang panjang – dipotong
Cara memasak:
1. Satukan serbuk kunyit, lada sulah, serbuk kari, tepung jagung dan gula pasir. Gaul sehingga sebati.
2. Panaskan minyak masak dan pastikan minyak tidak terlalu banyak. Goreng ayam terlebih dahulu sehingga garing dan tidak melekat di kuali.
3. Selepas itu masukkan lobak, bawang merah dan lada.
4. Kemudian masukkan bunga kobis dan akhir sekali masukkan kacang panjang.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidang.
HARI KEDUA PULUH TUJUH : RENDANG UDANG
- 600g udang saiz besar/sederhana besar
- 5 sudu makan cili kering kisar
- 1 mangkuk santan
- 1 sudu makan kerisik
- 3 helai daun limau purut
- garam
- serbuk perasa
Bahan kisar:
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali udang, garam dan serbuk perasa ke dalam kuali.
2. Didihkan. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuahnya agak pekat.
3. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak dalam 3 hingga 5 minit sahaja
4. Tutup api dan hidangkan.
HARI KEDUA PULUH LAPAN : SAMBAL TUMIS TELUR
- 4 biji telur rebus - kupas dan goreng
- 8 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- asam keping
- gula
- garam
Cara memasak:
1. Bawang bawang dan cili dikisar lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili benar benar masak.
2. Masukkan gula terlebih dahulu dan kacau rata. Selepas itu, masukkan sedikit air, garam dan asam keping.
3. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah masukkan telur dan dikacau rata. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : SUP TELUR KENTANG
- 3 biji kentang - kupas & potong ikut citarasa, rendam
- 50 gm sayur brokoli - potong ikut citarasa
- 1 batang saderi - potong ikut citarasa
- 4-5 biji telur
- 1 liter stok ayam@ 1 kiub pati ayam 'Knorr'
- air secukupnya
- 5 biji bawang merah - hiris
- 2 ulas bawang putih - hiris
- serbuk lada hitam secukupnya
- garam secukup rasa
- hirisan daun sup/daun bawang - untuk hiasan
- bawang goreng secukupnya - untuk hiasan
- minyak masak secukupnya
Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum. Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.
2. Bila kentang 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain. Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan. Tambahkan brokoli dan saderi.
3. Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
HARI KETIGA PULUH : SUP KAMBING BEREMPAH
Bahan-bahan:
- 5 keping isi dan tulang kambing (boleh juga guna daging lain)
- 1 biji bawang Bombay | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
- 1 kiub stok daging
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh herba basil
- 1 liter air
- 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
- hirisan cili merah secukupnya
- hirisan daun bawang secukupnya
- minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
2. Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. 3. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
4. Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
5. Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
6. Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
0 Comments
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.