30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 1)

30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 1)Kebanyakkan orang tak bangun sahur sebab malas bangun dari tidur. Ada jugak yang malas nak sahur sebab tak tahu nak masak apa untuk juadah sahur. Ada yang mengambil inisiatif untuk masak dengan banyak sewaktu berbuka puasa kemudian makan sekali lagi waktu bersahur.

Tapi tak larat macam mana sekalipun, perlu makan jugak walaupun sedikit untuk tambah tenaga nanti. So, disini ada disediakan 30 resepi untuk sahur selama sebulan. Gerenti kalau menu sahur macam ni, keluarga korang berebut nak bangun sahur.



HARI PERTAMA : AYAM BLACK PEPPER

Bahan-bahan:
- isi ayam
- peppers (merah, hijau,kuning) setiap satu khasiat lain-lain, so letak 3 jenis lagi banyak dapat nutrients.
- black pepper sauce
- fresh ground black pepper - tumbuk or blend kering
- brokoli (optional)
- bawang putih
- minyak
- dark thick soy sauce

Cara-cara memasak
1. Masuk minyak dan bila dah panas, masukkan ayam. Ayam dah hampir masak, kemudian masukkan bawang putih.
2. Gaul dan masuk black pepper sauce and fresh black pepper.
3. Bau dah naik, masuk sesudu dark think soy sauce.
4. Masukan semua sayuran.
5. Hidangkan dengan nasi panas



HARI KEDUA : IKAN BILIS GORENG PETAI 

Bahan bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
- petai
- garam
- gula
- sos tiram

Bahan tumbuk separuh hancur
- 8-10 tangkai cili padi
- 5 ulas bawang putih
- 3-4 ulas bawang merah kecil

Cara cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan air sedikit, kemudian 1 sudu sos tiram & garam gula (perasakan ikot citarasa korang)
2. Campurkan petai dan tunggu sampai kering & tutup api. Kemudian, baru masukkan ikan bilis. Kacau rata dan dah siap.
3. Makan dengan nasi putih panas-panas memang gerenti korang akan menambah nasi berpinggan pinggan.



HARI KETIGA : SUP AYAM MUDAH

.
Bahan-bahan:
- 3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
- 4 - 5 biji telur gred B
- 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
- 60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
- 1 kiub ayam
- 4 biji bawang merah, hiris halus
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- lada hitam kisar secukupnya
- hirisan daun bawang untuk hiasan
- bawang goreng untuk hiasa
- lada hitam kisar (extra)


Cara cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. 

2. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
3. Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
4. Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.



HARI KEEMPAT : AYAM MASAK HALIA 

Bahan-bahan:
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa


Cara cara memasak:
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng



HARI KELIMA : IKAN ASAM REBUS

Bahan-bahan :
- ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
- tomato / kacang bendi / batang keladi
- serai - 1 batang (di ketuk)
- asam keping (3-4 keping)
- sedikit serbuk ikan bilis
- garam secukup rasa

Bahan-bahan B : untuk di kisar
- lada kering (8-10 batang)
- bawang merah besar - 1 labu
- bawang putih - 2 ulas
- belacan - setengah inci
- kunyit - setengah inci


Cara cara memasak:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk dihidang.



HARI KEENAM : IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap – dibersih dan kelar sedikit
- 2 inci halia – dihiris halus
- 3 biji bawang merah – dihiris halus
- 2 ulas bawang putih – dihiris halus
- 10 biji cili padi – dipotong atau dititik
- daun ketumbar (dihiris)
- daun bawang
- 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
- 2-5 cendawan shitake – dihiris halus
- 1 biji air limau nipis
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil gula
- 4 sudu besar air


Cara cara memasak:
1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.



HARI KETUJUH : ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG 

Bahan-bahan:
- 3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
- 10-20 cili kering ( dikisar)
- 1 labu bawang besar ( dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia ( dikisar)
- 1/2 inci kunyit (dikisar)
- sedikit belacan ( option)
- 2 biji tomato ( dikisar)
- sedikit daun kesum
- 4-8 biji bendi
- air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
- garam, gula & perasa.


Cara cara memasak:
1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.



HARI KELAPAN : AYAM BUTTERMILK 

Bahan-bahan:
- 2 ketul besar ayam, bahagian dada
- 1/2 tin susu cair
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi


Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 biji telur
- sedikit garam
- air secukupnya


Cara cara memasak:
1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk ayam buttermilk:
1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips
Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.



HARI KESEMBILAN : HOMEMADE SARDIN IN SPICY SOS

Bahan-bahan: 
- 700 g ikan tuna 1/2 cawan tomato puree 1/2 cawan minyak masak 25 g bawang putih
* 80 g bawang merah
* 20 g halia
*(dikisar halus) 

- Garam dan gula secukup rasa 2 1/2 cawan air 3-4 sudu besar cili kisar (cili kering direbus dulu dan dikisar) 

Cara cara memasak:
1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing-masing)...
4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulangnya menjadi lembut seperti sardin dalam tin.
5. Bolehlah dimasak mengikut kreativiti masing-masing. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardin biasa.



HARI KESEPULUH : IKAN TENGGIRI PANGGANG SOS AIR ASAM 

Bahan-bahan:
- 5 keping ikan tenggiri
- cuci dan toskan 1 biji buah tomato ranum
- dadu 5-6 biji cili burung hijau dan merah potong kecik (suka pedas tambah lagi)
- 1/2 labu bawang besar hiris nipis sedikit
- budu sedikit kicap manis sedikit sos tiram daun ketumbar secukupnya
- dihiris jus limau secukupnya (boleh jugak guna limau kasturi atau lemon)

Cara cara memasak:
1. Taburkan sedikit garam (buat syarat je) pada ikan dan panggang sampai masak.
2. Satukan semua bahan untuk air asam (agak-agak la ye) dan perasakan secukup rasa ikut selera. Susun ikan dalam pinggan dan boleh la disiran dengan air asam. Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

6 Comments

  1. Siqah memang menantikan blog post begini. Hehe. Maklumlah dah dekat bulan Ramadhan kan 😁 Siqah bookmark ye :)

    ReplyDelete
  2. menarik...boleh buat menu list sebulan ni...thanks for the share

    ReplyDelete
  3. wahh tq for sharing recipe..

    ReplyDelete
  4. buleh buat rujukan utk berbuka nanti. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. selalunya waktu berbuka tu masak/beli lebih...so, boleh buat untuk sahur sekali.. hehe

    ReplyDelete
  6. Wah, terus jadi tak sabar nak berbuka ni. 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.