Jimat Duit Dengan Booking Tiket AirAsia Murah Sekarang l Korang tahu tak cara nak dapatkan tiket kapal terbang dengan harga yang lebih murah terutamanya bagi mereka yang selalu beli tiket AirAsia secara online? Dapat beli tiket AirAsia online murah maknanya korang dapat jimat dan untunglah lebih. Nak tahu macam mana, jom baca cara beli tiket murah AirAsia terbaik sebab nak dapat tiket murah AirAsia bukannya senang kalau tak tahu caranya.
Macam Mana Adanya AirAsia Ni?
Tapi sebelum tu, pernah tak korang terfikir, tanpa adanya penerbangan tambang murah AirAsia ni, rasanya boleh ke korang nak travel sana sini secara jimat? Untung ada AirAsia ni tau. Kalau korang nak tahu, sebenarnya AirAsia ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada tahun 1996. Pada mulanya, AirAsia diasaskan oleh DRB-HICOM, syarikat kerajaan. Pada tahun 2001, syarikat yang dibebani dengan hutang yang amat banyak telah diambil alih oleh Tony Fernandes melalui syarikatnya Tune Air Sdn Bhd.
Beliau merupakan bekas eksekutif syarikat Tune Warner. Tune Air Sdn Bhd adalah nama yang diguna pakai selepas Tony mengambil alih pada harga RM1 yang disertai hutang 11 juta dolar AS (RM40 juta). Sejak diambil alih, AirAsia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah bebanan hutang syarikat. Beliau telah berjaya membaiki prestasi dan merekodkan keuntungan AirAsia.

Hub pertama yang dilancarkan oleh AirAsia ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di hub pertama, AirAsia memperkenal banyak laluan penerbangan yang baru dengan tawaran harga yang amat murah. Hub kedua pula mula beroperasi pada tahun 2003 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan dengan Singapura. Laluan luar negara pertama yang dilancarkan oleh AirAsia berjaya melonjakkan namanya di sana.
Kejayaan Yang Dicatatkan Oleh AirAsia
Kos tiket penerbangan adalah kos utama perjalanan. Tapi, kalau korang travel melalui AirAsia, pihak pengurusan dibawah pimpinannya mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan. AirAsia pada awalnya memulakan operasinya dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat MAS. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai.
Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada yang baru. Ini adalah strategi awal. Setelah syarikat mencapai keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.

Untuk pengetahuan korang, banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya. Dari segi pertolongan , AirAsia dikatakan agak aktif untuk menghulurkan bantuan penerbangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di negara yang ditimpa bencana seperti di Indonesia atau krisis perang saudara seperti di negara Teluk dan sebagainya. Mereka percaya pulangan yang akan diperolehi daripada keprihatinan mereka ini akan datang pada bila-bila masa dalam pelbagai bentuk.
Beli Tiket Awal Untuk Dapatkan Harga Lebih Rendah
AirAsia memang terkenal dengan penerbangan tambang murah. Rakyat yang berpendapatan sederhana tak mampu nak beli tiket yang mahal, nasib baik la AirAsia selalu buat offer free seat atau seat yang hanya berharga beberapa ringgit je. Dengan cara ni, Air Asia memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu terbang dengan AirAsia. Ianya bermula dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1 untuk menarik perhatian ramai.
Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan. Jika korang beli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar korang akan dapat beli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding tempoh perjalanan yang lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket. Kaedah penjualan tiket yang tidak serata dari segi harga dan sebagainya membolehkan AirAsia memastikan hampir setiap penerbangan adalah dengan kapasiti penumpang yang penuh.

AirAsia jugak mengenakan tarif yang lebih rendah untuk korang jika korang selalu melakukan otomatisasi mandiri. Bayaran yang dibuat adalah atas apa yang kita inginkan sahaja. Jika korang inginkan keselesaan dalam pesawat, korang hanya perlu tambah pembiayaan. AirAsia juga mengutamakan keselamatan. Pesawat Airbus AirAsia sepenuhnya memenuhi ketentuan Keselamatan Penerbangan International, dan diatur oleh Department Penerbangan Sijil Malaysia yang dikenal secara international.
Waktu Terbaik Beli Tiket AirAsia
Antara waktu yang terbaik untuk membeli tiket AirAsia adalah pada waktu tengah malam antara jam 1-5 pagi kerana biasanya AirAsia akan membuka harga promosi pada waktu ini. Korang juga boleh tidak membeli insuran yang ditawarkan dan tidak menempah makanan jika penerbangan mengambil masa yang singkat. Pastikan timbangan yang dibayar sekadarnya sahaja.
Servis Sampingan AirAsia Untuk Pelanggan
AirAsia juga menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya. AirAsia sangat prihatin terhadap permintaan atau kehendak pelanggan. Tunes Hotel disediakan untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan. AirAsia menawarkan khidmat penginapan dengan kadar yang rendah terutama kepada sesiapa yang sudah membeli tiket penerbangan AirAsia. Satu pakej yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
So, korang dah rancang ke nak bercuti kat mana tahun ni? Jangan lupa untuk get your AirAsia tickets from Traveloka. Kata nak travel cara jimat kan? Tempahlah sekarang untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah secara online.
3 Comments
Best low cost airline 👍
ReplyDeleteSetakat ni saya mampu travel sebab ada Airasia je.. kalau airline lain lambat sikitlah nak tunggu tabung penuh.. 😁
Traveloka selalu je buat diskaun makin berbaloi nak dapatkan tiket penerbangan
DAPAT HARGA TIKET HARGA MURAH BOLEHLH TERBANG KEMANA SAJA DESTINASI AIR ASIA SERONOK TU
ReplyDeletesetuju2
ReplyDeletenak murah kena beli awal2 masa promo
hehee
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.