5 Perkara Yang Perlu Dibuat Semasa Pindah Rumah Baru Untuk Elak Gangguan

Memiliki rumah sendiri memang idaman semua orang. Tengok orang lain berlumba-lumba beli rumah baru atau rumah subsale, aku masih lagi duk menyewa sebab tak berani nak beli, fikirkan hutang kereta yang banyak lagi. Sewa pulak dalam RM700 sebulan. Waktu ni kesedaran nak membeli rumah belum ada lagi. Menyesal jugak waktu dapat gaji banyak dulu, boroskan duit entah ke mana. Tengok wayang, shopping jangan cakap, sebulan sampai berkali-kali. Saving? Tak pernah fikir pun.

Pertengahan tahun 2018, barulah sedar dari mimpi yang umur aku ni makin tua, harga rumah makin naik. Bermula dari situ,mulalah berjinak-jinak dengan isu hartanah. Survey sana sini untuk cari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, impian untuk memilik rumah sendiri baru menjadi kenyataan. Rumah dibawah adalah rumah yang dibeli..walaupun sakit sikit nak bayar tiap-tiap bulan, salah satu impian aku yang nak capai sebelum umur 35 dah tercapai.


Bagi yang masih mampu beli rumah sendiri, rumah sewa menjadi pilihan sebagai tempat tinggal sementara. Yang mana dah memiliki rumah sendiri dan bercadang untuk berpindah, boleh gunakan lori sewa pindah ini yang menawarkan perkhidmatan terbaik dengan harga yang berpatutan. Servis penghantaran seluruh semenanjung Malaysia. Boleh hubungi lori sewa pindah untuk servis lori yang pantas dan professional. Gerenti korang tak menyesal! Sebenarnya, tak kiralah rumah yang baru siap atau rumah sewa yang dah lama ditinggalkan kosong, terdapat 5 perkara yang kita perlu buat semasa pindah ke rumah baru untuk elak daripada gangguan syaitan dan jin.

5 Perkara Yang Perlu Dibuat Semasa Pindah Rumah Baru Untuk Elak Gangguan Makhluk Halus


1.Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
.
2.Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
.
3.Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4.Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
.
5.Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
.
Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam...

Semoga perkongsian ini bermanafaat untuk semua terutamanya yang baru berkahwin.

Post a Comment

8 Comments

  1. Terima kasih perkongsian...sebelum masuk rumah tersebut...seharusnya melakukan dan menjaga apa sewajarnya..

    ReplyDelete
  2. Boleh buat rujukan ni, betul khasiat surah al baqarah dan surah lain lainnya untuk elak gangguan..terima kasih untuk perkongsian ini

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas tips!

    ReplyDelete
  4. Yes kena amalkan. Bahaya kot kalau tak ambil peduli.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih pengkongsian ni

    ReplyDelete
  6. Allhamdulillah... terima kasih atas perkongsian... akak masuk rumah baru just buat solat hajat sendiri je, nak pgl ust. org dtg rumah solat hajat tak mampu... sampai skang pun dah msk 9 thn duk umah ni tak pernah pgl org buat solat hajat. Klu ada kemampuan nak juga la buat kan... tapi apa kan daya... nak di jadikan cerita akak pernah balik kg cuti seminggu, bila balik rumah semula pintu tepi rumah akak terbuka, rupanya akak lupa nak tutup bg rapat masa akak nk tinggal rumah... cuainya akak, tp syukur sgt x jd apa2.. dah lama juga tak pagar rumah.... nak kena buat tu... t.kasih

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian awak.. Memang inilah yang sepatutnya kita orang-orang Muslim perlu buat semasa nak pindah rumah samada baru ataupun lama..

    ReplyDelete
  8. bagus perkongsian nih
    ramai yang terlepas pandang bila masuk rumah baru
    :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.