Sebab Kenapa Mesin Basuh Perlu Dicuci Dan Cara Mencucinya l Zaman sekarang ni boleh dikatakan kebanyakan setiap rumah dah ada satu mesin basuh,tak kiralah jenama murah atau mahal untuk keperluan mencuci baju. Tapi pernahkah anda terfikir yang mesin basuh juga perlu dicuci? Ramai orang mengabaikan kerja pencucian dalaman mesin basuh. Ini menyebabkan pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam (hapak ).
Sekurang-kurangnya sebulan sekali cuci mesin basuh anda untuk elakkan daripada kotoran melekat. Ni mesin basuh Samsung yang aku baru beli..hehe
Kemungkinan bau ni datang dari kotoran yang melekat di belakang tabung dimana perlu juga dicuci. Paling kritikal bila basuh baju , akan nampak macam seakan-akan kertas atau tisu yang dicarik berterabur melekat dibaju.
Sebelum terjadi macam tu..moh kita belajar cara mencuci tangki mesin basuh muatan atas. Disini aku nak berkongsi cara penyelesaiannya.
Cara Mencuci Mesin Basuh Untuk Hilangkan Bau Dan Kotoran
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada di dalam tangki dan cuci sebersih-bersihnya serta pasang semula.
Bagi yang guna mesin basuh Toshiba, paparan program seperti gambar di atas. Yang guna mesin basuh jenama Samsung, paparan program pada gambar di atas sekali.
LANGKAH 2
Pilih program yang bertulis "TUB CLEANING" atau "ECO TUB CLEAN" (bergantung pada jenama mesin basuh anda). Kalau tak ada pilihan tersebut, boleh pilih program yang bertulis "SOAK". Kalau masih tak ada juga, boleh pilih program yang bertulis "WASH".
Pastikan "WATER LEVEL" adalah tahap maksima dan tekan "START"
Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.
LANGKAH 3
Bila air dah 1/3 penuh, letakkan bahan pencuci bersesuaian.
LANGKAH 4
Jika anda memilih mode pembasuhan "TUB CLEANING" atau "SOAK", kerja anda lebih mudah. Tak perlu tunggu , siap jer dah ok.
Jika memilih mode pembasuhan "WASH" sahaja , selepas mesin telah siap cycle 3 minit. biarkan mesin terendam selama sejam.
Selepas sejam pilih mode
"WASH" 8 minit
"RINSE" 2 kali
"SPIN"1 minit
Pastikan selepas mode tersebut siap , tiada keladak yang tinggal didalam dasar tangki, Jika masih ada , cuci filter terlebih dahulu dan ulangi step wash , rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal
Kerja mencuci mesin basuh dah siap.
4 Comments
Dekat rumah mesin manual..
ReplyDeleteLebih memudahkan adanya tutorial ni .
ReplyDeletebuat juga dua atau tiga bulan sekali...
ReplyDeletekena buat ni...
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.