Resepi Cencaru Sumbat Untuk Menu Berbuka Puasa l Hari pertama berbuka puasa mesti excited sangat nak masak macam-macam kan? Tengok semua makanan nampak sedap. Maklumlah, perut tengah lapar, makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap. Siap google lagi resepi berbuka puasa yang sedap. Biasalah, orang yang tak terer masak macam aku ni, kenalah search dulu resepi tu. Korang pun sama kan? hehe
Habis kerja dalam pukul 4 terus pergi bazar. Niat dalam hati nak beli 3 jenis kuih je sebab lauk tu aku masak sendiri. Sekali pergi bazar ramadhan, terus rambang mata dengan macam-macam jenis makanan kat situ. Kalau ikutkan nafsu ni, rasa satu bazar tu aku nak beli. Yalah, hari pertama puasa..mahu tak rasa nak borong itu ini...hehehe
LAUK YANG PALING SUKA KETIKA BERBUKA PUASA
Masa kecik-kecik dulu, teringat lauk masakan mak kat kampung. Paling aku suka, bila lauk yang dihidang untuk berbuka puasa tu ikan cencaru sumbat sambal. Aroma bau sambal sumbat dalam ikan cencaru tu boleh membangkitkan selera. Angkat dari kuali panas-panas dan buka balutan daun pisang yang membalut ikan cencaru tu, semerbak bauk wangi kat dapur. Dicicah pulak dengan kicap cili padi bawang atau air asam, 2 3 kali menambah nasi hasil penangan ikan cencaru sumbat sambal ni. Fuhhh..memang padu beb! Dan sampai sekarang, masuk je bulan puasa, stok ikan cencaru mesti ada dalam peti untuk dimasak. Korang mesti cuba resepi ikan cencaru sumbat sambal ni!
Kalau korang teringin nak makan ikan cencaru sumbat sambal ni, boleh cuba resepi yang disediakan dibawah. Cara penyediaannya sangatlah mudah. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :
Bahan-bahan mentah
Beberapa ekor ikan cencaru ( belah belakang dan cuci bersih )
Bahan-bahan
- 7 cili kering (jumlah ikut suka) - dikisar halus
- 1 biji bawang besar - dikisar halus
- 2 ulas bawang putih - dikisar halus
- 3 hiris lengkuas - dikisar halus
- 1 batang serai - dikisar halus
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu besar air asam jawa
Cara-cara memasak
- 1 sudu besar air asam jawa
- sedikit belacan (bagi yang suka)
- garam secukup rasa
- gula melaka
- daun pisang/daun kunyit
- minyak masak secukupnya
- garam secukup rasa
- gula melaka
- daun pisang/daun kunyit
- minyak masak secukupnya
Cara-cara memasak
1. Kisar bersama cili kering, bawang besar,bawang putih, lengkuas, serai dan belacan.
2.Tumiskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit garam, air asam jawa dan gula melaka secukup rasa.
3. Masak sehingga garing dan masukkan dalam mangkuk.
4. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam dan masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi dalam bahagian ikan yang telah dibelah.
5. Balut ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
6. Kemudian, bakar dalam pemanggang ajaib. Boleh juga gunakan kuali non-stick.
7.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas-panas serta dicicah dengan kicap cili padi bawang..sedapnya memang tak terkira.
MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL DENGAN PEMANGGANG AJAIB ARE IKAN DARI LAZADA
Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale kembali lagi! Yahoo!! Masa ni la untuk korang bershopping sakan di Lazada sebab potongan harga yang ditawarkan memang sangat tak masuk akal! Berapa banyak potongan harga yang ditawarkan tu? Kalau korang nak tahu, bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017, Lazada akan menawarkan potongan harga mencecah sehingga 90% untuk barangan yang terpilih! Jadi, kalau korang mencari barangan yang nak digunakan semasa Ramadhan dan hari raya nanti, sekarang ialah masa yang terbaik untuk cari barangan tersebut.
Dan, kalau korang suka makan ikan cencaru ni, korang hanya perlukan pemanggang ajaib.Tapi kalau takde pun, boleh je guna kuali jenis non-stick. Bagi kaki shopping di Lazada, salah satu barang yang korang wajib beli ialah pemanggang ajaib Are Ikan. Lagipun, Lazada tengah adakan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale. Hasil dari baca review dari beberapa blog, ada yang memuji bila menggunakan pemanggang ajaib ni, daging cepat empuk dan masak, tak melekat, dan pendek kata mudahkan kerja memasak kita. Kalau berminat dengan pemanggang ajaib Are Ikan, boleh order terus di Lazada.
Pemanggang ajaib Are Ikan dari Lazada.
Pemanggang ajaib Are Ikan ni boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis makanan seperti ayam masak kurma, murtabak, nasi goreng, nasi arab, rendang, kari dan banyak resepi lagi mengikut kretiviti masing-masing. Yang paling penting, pemanggang ajaib ni direka khas tidak berat supaya mudah dikendalikan dan tidak nipis bagi mengelakkan makanan hangus.
Bila dah ada pemanggang ajaib ni, bukan setakat ikan cencaru sumbat sambal yang korang boleh masak, macam-macam jenis masakan lain boleh cuba. Time ni la nak test skill memasak korang tu. Bila guna pemanggang ajaib ni, minyak yang digunakan pun sedikit atau tak perlu langsung. Ingat! Masakan yang baik untuk kesihatan adalah dengan memasak tanpa guna minyak. Jangan lupa cuba resepi ikan cencaru sumbat sambal untuk menu berbuka puasa korang.
6 Comments
SEDAPNYA IKAN SUMBAT SAMBAL DIPANGGANG...MEMUDAHKAN KERJA ADA PEMANGGANG AJAIB
ReplyDeleteberbaloi-baloi guna pemanggang ajaib ni :D
ReplyDeleteSerius ni memang favorite ni!!!Sedapnya....
ReplyDeletemmg sedap! sebab tu ramai g jual juadah ni di bazar
ReplyDeletesalam cg nik! cikgu ika singgah n follow sini. sedap ikan cencaru bakar ni. sis pn slalu jugak masak guna pemanggang ajaib ni. senang! =)
ReplyDeletebelum sempat mkn cencaru lagi utk bulan puasa ni..boleh tahan mahal harga macam kembong dah kat Putrajaya ni
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.