Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Melalui Cimb Clicks

Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Melalui Cimb Clicks l  Bagi yang dah cukup simpanan di Tabung Haji untuk menunaikan haji di Mekah, alhamdulillah. Bagi yang masih terkial-kial lagi nak cukupkan simpanan tu, macam aku ni, bolehlah mula menabung di Tabung Haji. Yang tak daftar lagi akaun di Tabung Haji tu, boleh buat dengan segera. Cuma bagi sesetengah orang, agak leceh sikit nak menyimpan di Tabung Haji sebab urusan keluar masuk duit melalui buku simpanan.

Jangan risau...bagi yang tak tahu lagi, sebenarnya anda boleh pindah atau transfer duit dari akaun Cimb Clicks ke akaun Tabung Haji secara online. Jadi, tak perlu lagi bersusah payah pergi ke Tabung Haji semata-mata untuk menyimpan. Maklumlah sekarang ni, Tabung Haji sentiasa penuh dengan pelanggan dengan pelbagai urusan. Jadi, banyak masa yang dihabiskan di Tabung Haji padahal anda hanya mahu memasukkan duit atau mengeluarkan duit sahaja.

Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah ini.


Mula-mula daftar masuk ke Cimb Clicks dan pilih menu Pay > Bills. Kemudian, klik pada bahagian Cimb Clicks dan tulis Lembaga Tabung Haji. Untuk transfer minimum adalah RM1 dan maksimum adalah mengikut limit akaun anda dalam masa sehari.


Selepas tulis Lembaga Tabung Haji, secara automatik akan keluar kotak seperti di atas. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk pindah duit ke Tabung Haji dan klik Proceed to Payment.

Bagi aku, rasanya pilih transfer online berbanding potongan gaji. Potongan gaji ni adalah cara paling mudah untuk simpanan dan tak perlu nak buat apa, setiap hujung bulan duit dah dikredit masuk dalam Tabung Haji. Tapi, pihak bank melihat potongan gaji tersebut adalah sebagai komitmen atau tanggungan korang, padahal ianya untuk simpanan. So, sebab itulah aku pilih buat transfer duit ke Tabung Haji melalui Cimb Clicks secara online ni. Tapi, masih juga perlu ke kaunter untuk kemaskini buku.

Post a Comment

5 Comments

  1. Mudahnya nak transfer ke Tabung Haji.

    ReplyDelete
  2. PERKONGSIAN MENARIK CIKGU TKSH..

    ReplyDelete
  3. belum cuba transfer ni - mcam x berapa nak berani
    tp ituler skrg semuanya di hujung jari --- jommm clik222
    tq yr info

    ReplyDelete
  4. Pergh.. Tip hebat..

    Terima kasih bro

    ReplyDelete
  5. Betul ke guna cimbclicks duit float 3 hari sblm duit tu btol2 masuk dlm acc TH? NAK CPT BAIK IBFT TO MBB then guna m2u yg dh link dgn TH transfer di m2u.. tp cost jd 53sen + rm1.06..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.