5 Perkara Yang Anda Perlu Ada Sebelum Umur 35 Tahun!

5 Perkara Yang Anda Perlu Ada Sebelum Umur 35 Tahun! l Bagi yang berumur 30 tahun ke bawah atau masih belum mencecah umur 35 tahun, 5 perkara ini korang perlu beri perhatian kerana 5 perkara yang disebut dibawah, sekurang-kurangnya korang dah ada sebelum umur mencecah 35. 5 Perkara Kena Ada Sebelum 35 Tahun ni adalah tulisan Harith Faisal, seorang pakar hartanah dan penulis buku hispter hartanah.

Tulisannye secara tak langsung dah menaikkan semangat aku untuk dapatkan 5 perkara ni. Aku sekarang ni umur dah 30..sebelum 35, akan cuba dapatkan semua ni, tak kira macam mana sekali pun. Kena caranya insha allah berjaya. Ikut landasan yang betul. Tengah train emosi dan disiplin diri je.

5 Perkara Yang Anda Perlu Ada Sebelum Umur 35 Tahun!


1. Duduk rumah yang selesa.
Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.

2. Dua rumah untuk pelaburan.
Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

3. Simpanan enam bulan gaji.
Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!

4. Simpanan bulanan tetap.
Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

5. Kereta yang memuaskan.
Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.

Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat! Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 poin kat atas tu.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.

Tak nak gelak.Nanti ada orang sentap. 

Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau.

Post a Comment

9 Comments

  1. Stuju sangat. Saya beli rumah masa umur 30 tahun. Loan bank untuk 25 tahun.InsyaAllah dah pencen nanti, rumah dah abis bayar. Duit EPF boleh buat pegi Haji dan Umrah serta buat makan sikit-sikit. Sambi2 tu saya ada part time. Duit part time ni boleh simpan untuk kecemasan. Duit gaji untuk kegunaan harian.

    ReplyDelete
  2. insyALLAH akan cuba untuk ada juga...

    ReplyDelete
  3. untung kalau boleh buat semua ni

    ReplyDelete
  4. Mesti merancang sebaiknya sebelum trlmbt n usia makin brtmbah tanpa capai apa2

    ReplyDelete
  5. saya dah 35... tengok2 banyak je lagi yang tak achieve menurut firasat harith faisal ni..

    ReplyDelete
  6. Kena atur perancangan dari sekarang ni. Harap umur 35 dah masuk zon selesa, walaupun umur 24 masih merangkak lagi sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. DONE follow...followback
    Keep in Touch

    ReplyDelete
  8. saya dah pun 36 tahun, alhamdulillah hampir ke arah itu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah hihi masa umur 31 tahun sy dh beli rumah sekrg rumah tu bernilai rm500k..sy ..sy masuk asb pinjaman berjangka so selang 5 tahun dpt duit tu..utk kereta sy memang spend kereta rm150k++ ... utk reward diri yg bekerja dan utk pemanduan yang selesa.....reward diri yg dulunya study rerajin hihi..masa saya berumur 22 tahun sy dh plan semua tu tu..alhamdulillah.. kerja + part time tapi masa berkualiti bersama keluarga kena jaga..kebahagiaan dunia dan akhirat jg kena seiring..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.