Jom Daftar Rumah Impian Bangsa Johor

Jom Daftar Rumah Impian Bangsa Johor l  Rumah Impian Bangsa Johor adalah skim perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh Sultan Johor. Beruntunglah mereka yang menjadi Bangsa Johor dan sebahagian Bangsa Johor. Harga kediaman yang ditawarkan sekitar RM80,000 hingga RM100,000 sahaja. Ansuran bulanan sekitar RM349 hingga RM457 sahaja sebulan.

Aku baru je survey harga rumah di beberapa taman perumahan di Tangkak, berdekatan dengan tempat kerja aku. Harga untuk lot bumiputera mencecah RM200k dan RM300k ke atas, bergantung pada jenis rumah. Mampu tengok je la jawabnya. Adanya Rumah Impian Bangsa Johor  sekurang-kurangnya bangsa Johor yang tak mampu untuk memiliki rumah sendiri berjaya memiliki kediaman sendiri. 

Rasanya semua kerajaan negeri lain patut contohi Yayasan Sultan Ibrahim ni dalam bantu rakyat yang tak berkemampuan memiliki rumah.

SYARAT LAYAK MEMOHON RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

Untuk memohon Rumah Impian Bangsa Johor, beberapa syarat dan kriteria yang perlu dipatuhi seperti :

1. Warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap selama 5 tahun di negeri Johor. (Keutamaan diberi kepada rakyat Johor).

2. Permohonan pembelian rumah kali yang pertama.

3. Satu permohonan bagi pasangan yang telah berkahwin.

4. Pemohon atau pasangan yang belum memiliki rumah.

5. Pendapatan isi rumah mengikut jenis dan kategori rumah yang ditawarkan.

Pemohon yang berjaya dalam permohonan Rumah Impian Bangsa Johor hanya perlu membayar deposit RM1 bagi mendapatkan pinjaman penuh 100%. Yang bestnya rumah ni dah siap dilengkapi dengan peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya. Semua orang boleh memohon tetapi proses saringan adalah ketat bagi memastikan yang benar-benar layak sahaja memiliki rumah ini.

JENIS DAN HARGA RUMAH MENGIKUT PENDAPATAN LAYAK

JENIS RUMAH
HARGA RUMAH
PENDAPATAN
RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM
RM80,000 – RM100,000
Tidak melebihi RM5000 sebulan
RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM (A)
RM100,000 – RM150,000
Tidak melebihi RM8000 sebulan
RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM (B)
RM150,000 dan ke atas
Terbuka dan tertakluk kepada pemohon
Untuk maklumat lanjut, boleh tengok lampiran yang dibawah

Tengok pada harga tu rasanya ramai yang berminat. Yang IC 01 tu cepatlah apply ye.

Untuk permohonan, boleh daftar secara online di (sila klik) Sistem Aplikasi E-Mohon - Yayasan Sultan Ibrahim Johor . Yang dah daftar tu, semoga ada rezeki untuk korang. Yang bukan bangsa Johor tetapi dah menetap di Johor selama 5 tahun boleh mencuba untuk memohon. Kalau tak dapat jugak, cara yang mudahnya, cari je orang bangsa Johor sebagai peneman hidup korang tu..hehe.

Post a Comment

2 Comments

  1. Peluang sudah ada..tinggal usahakan sahaja...moga ianya dimanfaatkan sebaik-baiknya terutama anak Johor..bangsa Johor..

    ReplyDelete
  2. Bestnya..tapi ic bukan 01 la..haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.