Penjawat Awam Menghina Agong! Tindakan Tegas Perlu Diambil Sebagai Pengajaran

Penjawat Awam Menghina Agong! Tindakan Tegas Perlu Diambil Sebagai Pengajaran l Kecoh dengan berita seorang doktor pelatih bernama Mohd Faiz yang menghina DYMM YDP Agong melalui status yang ditulisnya di Facebook. Bagi saya, penghinaan terhadap DYMM YDP Agong memang tak boleh diterima sama sekali apatah lagi ianya melibatkan penjawat awam. Dia tak tahu yang lantikan dalam mana-mana perjawatan awam diletakkan bawah urusan Seri Padukan Baginda Yang Di Pertuan Agong. Mana hilangnya ikrar yang dibuat dalam prinsip rukun negara yang kedua "kesetiaan kepada raja dan negara"? 

STATUS DI FACEBOOK YANG MENGHINA AGONG

Banyak status yang ditulis di Facebooknya berbaur penghinaan kepada institusi raja dan ini mengundang kemarahan orang ramai. Antara komen biadap yang dimuat naik di akaun Facebooknya ialah :

Status yang kurang ajar dari Mohd Faiz mempertikaikan sifat soleh YDP Agong kita yang gemar beribadat dan disuruh pula meletakkan jawatan Agong.

Kalimah Allahuakbar pun di kata milik parti... tidakkan dia pun sebut kalimah tu setiap kali dalam solat?

Dari cara dia komen, nampak macam berfikiran sekular. Agama dan kuasa perlu dipisahkan? Patutnya kita bangga kerana pemimpin tertinggi negara seorang yang warak dan takutkan Allah. Secara logiknya tentulah baginda akan sentiasa membuat sesuatu berlandaskan agama. Dan yang paling menyedihkan, baginda belum pun sampai seminggu dilantik. Belum ada satu tugas besar pun yang baginda lakukan. 

Oh ya, adakah YDPA yang arahkan gambarnya diambil sewaktu solat? Sewaktu pakai jubah? Sewaktu berdoa? Apa pun alasan Mohd Faiz ni dan juga, kawan-kawan yang menyokong statement dia, saya tetap mengatakan dia seorang yang biadap. Jika dengan YDPA dia boleh cakap camtu, tak mustahil dengan keluarga atau ibubapa dia pun dia pun dia biadab camtu. Berpelajaran tinggi bukan bermaksud tinggi budi pekerti dan adab. Saya jadi takut bila memikirkan orang macam ni menjadi doktor. Bagaimana agaknya respon dan tindakan yang akan dibuat terhadap pesakit yang tak sebulu dan sependapat dengan dia?

SIAPA MOHD FAIZ YANG LANTANG MENGHINA AGONG?

Daripada Facebook Abdul Rahman Abdul Kadir, Hasil dinyatakan Faiz masih bekerja sebagai doktor pelatih (rujuk gambar) di sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang. Namun melihat pada 'wall' nya cukup berani menentang arahan-arahan kerajaan termasuk arahan KSN agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan haram.Malah ada juga statusnya memaki hamun ketua-ketua jabatan dan pakar-pakar hospital kononnya pilih kasih dan mengutamakan vagina (pilih jantina). 

Status-statusnya memaki hamun pemimpin negara saban hari dan terkini (tak pasti masih ada atau telah dipadam)

Berstatus 'PROVISIONAL' atau Doktor Pelatih.

Doktor pelatih belum sah dalam perkhidmatan sebenarnya. Mereka perlu sah dalam perkhidmatan sebelum boleh menjadi doktor berdaftar penuh. Melihat kepada sikapnya yang biadap kepada Seri Paduka Baginda YDPA, saya kira kerajaan harus tegas bertindak kerana kesetiaan kepada YDPA adalah merupakan perkara asas bagi setiap penjawat awam dan langsung tidak boleh dikompromikan.

Walaupun kenyataan maaf telah dibuat, tapi kenyataan tersebut masih lagi dibuat secara angkuh dan sombong. Inilah akibat terlalu taksub dengan politik sampai mengajar orang lain menghina agama sendiri dan tidak hormat pada prinsip rukun negara. Nak pilih dan sokong parti mana tu hak dia tapi bila masuk bab menghina Seri Paduka Baginda YDPA, tindakan tatatertib perlu diambil sebagai pengajaran untuk yang lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menghina institusi diraja sebagai pemerintah agama islam. 

Harap dapat perhatian KKM. Salurkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam & Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ambil tindakan tegas. Terminate terus pun patut ni. Ramai lagi doktor pelatih yang lebih layak daripada dia.

Post a Comment

8 Comments

  1. Menghina sesiapa saja berdosa dilakukan jauhilah sifat sombong diri.

    ReplyDelete
  2. Alamak..Etuza tak berani bersuara jika menyinggung hati orang lain..tak apa kita maafkan sahaja.

    ReplyDelete
  3. Allah.. Macam-macam perangai manusia skrg.. lantang di Media sosial je..

    ReplyDelete
  4. wat the point la sebenarnya orang2 macam ni..tak paham betul....kes dengki ke ape nih?

    ReplyDelete
  5. kalau di Thailand memang mamat ni dah lama disumbat ke dlm lokap atas kesalahan menghina raja!

    ReplyDelete
  6. Setiap orang yang menggunakan media sosial perlu tahu etikanya. Jaga diri, jaga bahasa agar tak menyinggung perasaan sesiapa...

    ReplyDelete
  7. Kalau menulis tanpa menimbang kesan dan akibat betul-betul macam ni la, ikutkan hati dan perasaan sampai langgar semua etika dan batasan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.