Jangan Masuk Ke Kedai Yang Ada Gantung Azimat Seperti Ini! l Kalau pergi mana-mana kedai, tak kiralah kedai makan atau kedai runcit, dan ternampak benda-benda seperti di bawah tergantung kat situ, tinggalkan dan cari kedai lain. Mengantung azimat adalah salah satu daripada amalan syirik, dosa besar bagi umat islam. Kononnya nak buat sebagai ayat pendinding dan ayat pelaris.
Tidak payah la mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan bercampur aduk dengan sihir. Bimbang nanti disebabkan pelaris itu, akidah kita boleh terpesong.
Contoh-contoh azimat yang biasa digunakan seperti berikut :
Tidak payah la mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan bercampur aduk dengan sihir. Bimbang nanti disebabkan pelaris itu, akidah kita boleh terpesong.
Contoh-contoh azimat yang biasa digunakan seperti berikut :
Azimat berbentuk jin yang diselang seli dengan ayat al-quran
Azimat yang mempunyai bentuk mayat yang dikafan dan jenking
Azimat bentuk rangka tengkorak manusia
Sebenarnya banyak lagi azimat yang mempunyai unsur yang sama seperti gambar di atas digunakan oleh mereka taksub sebagai pelaris dan pelindung. Ayat al-quran yang digunakan pun terbalik dan maksudnya jauh terpesong. Ini semua syirik,tahyul dan khurafat. Nak untung, buatlah seperti yang Islam ajar. Tak perlu nak gantung benda-benda macam tu. Amalkan sebelum keluar berniaga mulakan solat dhuha, alhamdullilah rezeki Allah bagi takkan putus. Kita patutnya tawakal,ikhtiar dan berdoa saja.
Perasan tak kenapa kedai mamak sentiasa penuh dengan orang? Kadang-kadang orang datang kedai mamak bukan nak makan pun tapi sebab ada wifi. So, zaman sekarang ni nak bagi kedai makan tu maju,pasang je wifi. Nak password wifi, kena order makan atau minum dulu :)
6 Comments
Seramnya bentuk-bentuk azimat tu, pelik-pelik. Setuju sgt dgn solat dhuha, magnet rezeki tuuu. Pasal kedai mamak pun sama, bila org ramai, tuduh mamak letak pelaris, hahaha, padahal mamak pasang wifi, nak-nak pula kawasan student, mmg situ la port cari wifi, wifi kfc bukan power pun...
ReplyDeleteSelalu juga perhatikan simbol simbol aneh didinding ni. Dah masuk amalan syirik ni
ReplyDeleteElok pergi kedai lain
Info yang sangat berguna. Kadang2 tak perasaan gambar2 macam di atas tu. Asal nampak ayat al-Quran je, kira ok. Terima kasih atas peringatan.
ReplyDeleteBetul tu, ni boleh masuk hukum syirik.. kat azimat tu la jin2 bnyak bertapa.. Amalan syirik da, menduaka Allah. pecaya Allah tp pecaya lagi bnda lain.. Wallahualam.. Moga kita dijauhkan dr amalan sbegini
ReplyDeleteTakut pula tengok azimat-azimat tu... Setuju, buat solat Dhuha. InsyaAllah, Allah akan bantu... Usaha dan yakinlah dengan rezeki dari Allah...
ReplyDeletememang tak masuk dah hehehe tengok pun scary.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.