Jamu Kucing Liar Dengan Seketul Ayam KFC l Malam tadi hujan turun dari petang sampai ke malam..tak henti-henti. Pukul 8.30 malam aku dah siap berselimut tebal..sejuk sampai ke tulang, tambah lagi dengan angin yang bertiup kuat. Bercadang nak tidur tapi mata segar lagi. Bukak laptop layan movie Fantastic Beast and Where To Find Them. Tengah syok duk tengok movie tu, tiba-tiba terdengar suara anak kucing mengiau di depan rumah. Ingat nak tak endah je, tapi makin kuat bunyi kucing tu mengiau.
Kucing Mengiau Kesejukan Dan Kelaparan
Bukak je pintu rumah, tersembul kepala warna oren. Rupanya kesejukan dek terkena tempias hujan. Tengok pada badannya yang kurus, mesti kucing liar ni atau kucing jiran yang dekat taman perumahan ni yang tengah kelaparan. Kesian pulak tengok, takde mak ayah tempat nak mengadu bila lapar. Mengharap belas kasihan daripada orang je! Disebabkan tak sampai hati tengok keadaan kucing tu, aku ambik letak depan rumah, pada bahagian yang tak kena tempias hujan. Masuk balik dalam rumah, cari tuala yang tak guna untuk lapkan badannya yang basah.
berselera tengok makan ayam KFC tu.
Mujur Ada Seketul Ayam KFC
Badan dah kering tapi masih lagi mengiau tak henti-henti, sambil pandang kat muka aku. Aisshhh...sayu pulak aku tengok muka kucing tu. Tengok pada badan yang kurus, mungkin tak makan lagi kot hari ni. Teringat petang tadi ada beli ayam KFC..ada seketul tak habis sebab nampak terlalu berminyak dan berlemak sikit..jaga badan..hehe. Apa lagi, cari pinggan dan hidang untuk kucing tu. Makan la kucing, rezeki kau makan ayam KFC malam ni.
Makanan Dalam Mulut Belum Tentu Rezeki Kita Lagi
Pernah tak alami situasi dimana makanan yang korang nak suap ke dalam mulut tiba-tiba jatuh ke tanah ? Anggap la tu bukan rezeki korang, rezeki semut-semut yang ada kat atas tanah tu. Sama jugak dengan duit yang ada dalam wallet atau purse kita. Hakikatnya, memang duit kita tapi ada terselit kat situ hak untuk orang lain melalui sedekah. So, nak dapat rezeki yang murah, formulanya mudah je. Jangan berkira untuk bersedekah samada kepada orang atau haiwan. Hari ni kita tolong orang, tak mungkin satu masa nanti bila susah, orang akan tolong kita balik. So, kepada yang nak bersedekah tu, jangan segan ye nak mintak nombor akaun aku. Jasa korang amatlah dihargai :)

10 Comments
mulianya hati sir sorang nie.. :)
ReplyDeletebaiknyer hati cikgu...
ReplyDeletethe more we give, the more we get...
ReplyDeleteMai kalau sengkek macam mana pun, kalau jumpa kucing lapar tapi perut lapar, mai pilih untuk kenyangkan kucing tu. Bukan apa, kalau tak bagi kucing tu makan, nanti balik tak boleh tidur asyik terfikir dia je, hahaha. Tapi takpa, yang penting rasa bahagia bila tengok dia makan tu priceless. Nanti mesti ada rezeki lain datang.
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezekinya selalu. suka kucing dapat makan ayam mahal. :D
ReplyDeletewah, sedap makanan si kucing, alhamdulillah
ReplyDeletekucing pun makhluk Allah...besar pahala nya berbakti pada kucing ni...
ReplyDeletememberi itu menambah mengikut Islam walau secara zahirnya nampak berkurang.
ReplyDeleteAlhamdulillaah...kenyang dah dak meow malam tu....❤️��
tabahnya berblogging.
ReplyDeletebila tah nak start balik.
nice entry btw.
moga Allah membalas dengan kebaikan.
setuju dgn sikap dan sifat sir....buat baik dgn binatang syurga blsannya...sikap yg akan mnghapus dosa...moga kita smua dpt mngambil pedoman...
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.