Cara Mudah Nak Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal)

Cara Mudah Nak Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal) l Pernah tak pergi shopping dan bila berada di kaunter untuk pembayaran, baru sedar yang dompet tertinggal di rumah. Takkan nak balik semula ke rumah semata-mata nak ambil dompet tu. Nak pinjam dengan orang segan pulak, tak kenal tiba-tiba nak pinjam duit..ada ke orang nak bagi.

Jangan risau, tak perlu gelabah...bawak bertenang.

Bagi yang ada akaun Maybank, korang tak perlu risau. Maybank ada menyediakan khidmat ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau 'Cardless Withdrawal’. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank. Hong Leong pun ada pengeluaran tanpa kad ni. Bank-bank lain tak tahu lagi dah ada ke belum perkhidmatan ini.

Nak tahu macam mana caranya, boleh tengok gambar-gambar dan baca langkah-langkah yang telah disediakan di bawah untuk tahu cara mudah nak keluarkan duit dari ATM Maybank tanpa kad. Manalah tahu jadi pula satu hari pada kita nanti kan.

Cara Mudah Nak Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal)

1. Pergi ke google chrome melalui handphone korang dan masuk ke website Maybank2u. Klik Account & Banking.

2. Pilih Transfer kemudian Cardless Withdrawal. Di bawah Cardless Withdrawal tu ada diberi 2 pilihan iaitu Favourite Cardless Withdrawal atau Open Cardless Withdrawal. Korang boleh pilih Open Cardless Withdrawal.

3.Seterusnya, isi maklumat yang diperlukan seperti No Hp Penerima, Nama Penerima dan Jumlah. Kemudian akan terima mesej melalui SMS. Jumlah yang dibenarkan untuk pengeluaran tanpa kad ialah RM300 untuk sehari. Hanya 2 transaksi pengeluaran dibolehkan untuk same Recipient mobile number. Dan korang akan dikenakan charge RM1 bagi setiap pengeluaran tanpa kad.

4. Bila korang dah dapat je SMS yang dihantar, cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau English.

5. Pilih pengeluaran tanpa kad. 

6. Klik Teruskan bila korang ditanya untuk teruskan atau tidak. Kemudian, korang akan dibawa ke paparan seperti di atas. Masukkan 16 digit yang diterima melalui SMS tadi dan tekan YA. Untuk makluman, ID transaksi bukannya nombor akaun. Ia adalah nombor yang akan diterima oleh Si Penerima melalui SMS berupa 16 atau 17 digit (6 digit ID + 10/11 digit nombor HP si Penerima)

7. Sekali lagi, masukkan 6 digit yang korang terima melalui SMS juga dan tekan YAAmbil wang korang dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.

Post a Comment

10 Comments

  1. now i know. dgn syarat hp ada internet la baru buleh buat benda ni kan? Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. pernah nak buat aritu masa kad bank hilang. tapi last last tak jadi.hehe..

    ReplyDelete
  3. wah..info baru ni...dunia makin canggih sekarang ;)

    ReplyDelete
  4. Kali kedua baca artikel ni... kali pertama kat facebook sape ntah...

    ReplyDelete
  5. NICE SHARE..PERLU AMBIL TAHU

    ReplyDelete
  6. boleh upenye..tak tau pun selama ni...hihi

    ReplyDelete
  7. kejap lg nak buat, thanks info

    ReplyDelete
  8. Info yang bagus! 😎👆

    ReplyDelete
  9. Saya xkeluar mcm dlm tu pun bila tkn transfer tu

    ReplyDelete
  10. Tq admin for the info.dah cari option cardless withdrawal kat web tu tapi x de pon.rsanya option cardless withdrawal tu maybank x buat dah kod tahun 2018 ....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.