Bila Cikgu Ajar Pelajar Cara Sembelih Ayam Dengan Betul l Minggu lepas ada diadakan program sembelihan ayam di sekolah. Maklumlah, pelajar baru je habis menduduki peperiksaan akhir tahun. So, untuk isi masa lapang diorang, Panitia Pendidikan Islam pun buat la satu program sembelihan ayam. Program sembelihan ayam ni bertujuan untuk mengajar diorang cara-cara dan kaedah penyembelihan binatang secara sah dan halal mengikut hukum syarak.
Budak-Budak Gembira Sakan Pegang Ayam
Sesi demo sebelum pelajar diarah untuk potong ayam diorang sendiri
Sebanyak 10 ekor ayam dibeli untuk pelajar ni belajar cara nak menyembelih ayam dengan betul. Diorang dah excited pegang ayam, siap ada yang duk peluk dan bawak ayam sana sini..bertuah betul diorang! Sebelum sesi penyembelihan ayam dimulakan, ayam dibahagikan kepada setiap kelas. Seekor ayam untuk setiap kelas dan 2 wakil daripada setiap kelas akan tampil untuk belajar menyembelih ayam, disaksikan oleh pelajar lain.
Syarat-Syarat Sembelihan Ayam
Bila cikgu jadi tukang sembelih.
Secara ringkasnya, pelajar diberikan sedikit penerangan tentang syarat-syarat sembelihan binatang supaya ayam yang disembelih nanti halal untuk dimakan. Disebabkan guru ramai yang takde kat sekolah masa tu, salah sorang guru yang bertugas untuk mengendalikan program penyembelihan tu aku la. Sebab dah ada pengalaman sedikit sebanyak tentang cara nak menyembelih ayam ni, so terus volunteer untuk tunjuk ajar pada pelajar.
Pelajar diberi penerangan tentang cara sembelihan yang betul. Yang penting halkum iaitu saluran pernafasan (trachea) dan urat marih iaitu saluran makanan (eosophagus) putus semasa sembelihan. Sekiranya masih belum putus salah satu dari keduanya walaupun sedikit, sembelihan itu tidak sah. Setiap ayam yang disembelih mestilah dengan menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Boleh dibersihkan dengan hanya mencelupkan pisau ke dalam sebekas air sebelum sembelihan seterusnya.
Ayam Bakar, Sate Ayam, Gulai Ayam...Macam-Macam Ada!
Sesi tunjuk ajar cara nak potong ayam..yang lain jadi pemerhati je.
Pelajar lelaki takde istilah geli-geli ni..habis dipotong ayam tu
Dah siap sembelih semua ayam, time ni la masing-masing nak tunjuk kepakaran dalam memasak. Duk perhati ada jugak budak-budak ni yang geli nak sentuh dan potong ayam terutamanya bahagian lemak tu..haishhh. So, cikgu jugak yang diharapkan potong ayam tu. Dah selesai semua ayam tu dipotong, barulah diorang masak ayam-ayam tu ikut citarasa diorang. Ada yang bakar ayam, ada yang ayam tu dijadikan..dan macam-macam lagi la resepi yang dibuat. Berselera tengok diorang makan.
Apapun, yang penting diorang tahu dan faham cara sembelihan binatang yang betul. Dah besar nanti, boleh la aplikasi cara penyembelihan yang telah diajar bila nak sembelih ayam ke nanti.
Apapun, yang penting diorang tahu dan faham cara sembelihan binatang yang betul. Dah besar nanti, boleh la aplikasi cara penyembelihan yang telah diajar bila nak sembelih ayam ke nanti.
6 Comments
bestnya dpt kumpul ramai mcm ni
ReplyDeletependedahan macam ni memang bagus dan digalakkan... yelah, sekarang ni budak budak nak makan ayam main order je kat KFC :-)
ReplyDeletebagus ni..part paling best cabut bulu ayam..ehhe
ReplyDeleteMEMANG PATUT DIAJAR MURID2 PENGETAHUAN ISLAM YG PENTING INI.
ReplyDeleteAku sampai sekarang takut nak sembeli ayam. hahaha
ReplyDeleteseekor utk 1 kelas ke cikgu? budak tak ramai takpe, kalau ramai, haruuuu
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.