Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM

Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM l Mungkin ramai yang dah mahir cara nak transfer duit melalui mesin ATM Maybank ke bank lain dan mungkin juga ada lagi yang masih tak tahu cara nak gunakannya. Ada jugak orang yang nak beli barang secara online tapi tak tahu cara nak transfer duit dengan mesin ATM terutamanya apabila melibatkan akaun bank yang lain. Jangan risau, dari mesin ATM Maybank boleh transfer ke mana-mana bank yang telah disediakan.

Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM

Jika korang nak transfer duit dari akaun bank yang lain, contohnya CIMB, langkah pertama ialah dengan memilih paparan yang menunjukkan LAIN-LAIN URUSNIAGA

Kemudian, pilih paparan yang menunjukkan PINDAHAN

Seterusnya, pilih urusniaga yang menunjukkan PINDAHAN ANTARA BANK MEPS

Langkah yang berikutnya ialah dengan memilih jenis pindahan. Untuk transfer duit ke akaun bank lain, korang diberi pilihan sama ada memilih pindahan interbank segera atau pindahan interbank giro (IBG). Digalakkan korang pilih PINDAHAN INTERBANK SEGERA kerana duit yang di-transfer itu masuk dengan segera. Beza antara pindahan segera dan pindahan interbank boleh tengok di bawah.

Perbezaan antara pindahan segera (instant transfer) dengan pindahan interbank (ibg transfer)

Seterusnya korang akan diminta untuk memilih jenis bank penerima seperti yang dipaparkan di atas. Masukkan KOD BANK dan tekan YA. Jika takde bank yang korang nak, boleh tekan LAIN-LAIN BANK.

Kemudian, paparan yang seterusnya  akan keluar seperti yang diatas

Contoh transfer duit antara Maybank ke Cimb (sumber facebook)

Post a Comment

19 Comments

  1. Terima kasih. Satu info yang berguna.

    ReplyDelete
  2. x pernah buat transfer di ATM..cuma biasa buat di internet banking aje..thanks for the info..

    ReplyDelete
  3. Bookmark! Dah lama nak cuba tapi tak tahu cara. Thanks.

    ReplyDelete
  4. good sharing...semoga makin kurang pelanggan beratur di kaunter

    ReplyDelete
  5. Ni guna cash deposit boleh ke

    ReplyDelete
  6. good sharing...memudahkan saya untuk bank in duit..

    ReplyDelete
  7. kalau tersilap tekan pihak ketiga tu duit masuk tak kt org yg kita nk transfer tu???...

    ReplyDelete
  8. Thanks give me some input

    ReplyDelete
  9. Ambil Masa berapa lama,kalau dari mybank2u ke cimbclick?

    ReplyDelete
  10. Macam saya ni la nk transfer atm maybank ke mybank2u tu macam mana pulak nya? Bleh tujuk ajar x...

    ReplyDelete
  11. Nak transfer duit kat account bank orang lain kena pastikan kita ada account bank ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau transfer guna cdm(mesin atm) tak perlu ada akaun..tapi kalau transfer guna maybank2u, perlu ada akaun bank.

      Delete
  12. Kalau x ada akaun bank..boleh tranfer duit ke account orng lain ke??

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.