Cara Nak Edit Gambar Ala-Ala Photoshop Dengan Guna Powerpoint

Cara Nak Edit Gambar Ala-Ala Photoshop Dengan PowerpointSaya nak share sikit, cara-cara nak edit gambar guna powerpoint. Silakan share, supaya semua orang dapat manfaat ni sama-sama. 

Saya ada run business kecil-kecilan dengan isteri dan member se-universiti. Bila nak jual, mesti kita akan tengok business-business lain yang dah maju, popular and jadikan diorang sebagai reference. Saya perasan, antara perkara yang paling penting bila nak jual barang online ni, gambar. Gambar kena cantik, tambah pulak dengan model yang molek-molek, supaya bila user scroll FB atau Instagram, diorang akan stop and tengok. Sebab apa? sebab gambar cantik. Jadi, kitorang ada masalah nak produce gambar yang cantik-cantik and sama standard macam big brands yang lain.

Saya takde kamera DSLR (tak mampu nak beli dan tak pandai pakai), tak pandai guna photoshop (dulu saya study course business), takde modal nak photoshoot kat studio, dan takde kawan-kawan artis yang boleh tolong promote (for free). Jadi terpaksa lah guna apa yang ada je. Yang saya ada, handphone Samsung Galaxy A5 (version lama), selfie stick, laptop, and Powerpoint yang memang dah install kat laptop.

Saya ambik gambar kat ruang tamu rumah member, berlatarbelakangkan dinding (yang ada crack here and there), dan sebelah tingkap yang ada direct sunlight waktu tengahari sebagai lighting...haha.

Cara Nak Edit Gambar Ala-Ala Photoshop Dengan Guna Powerpoint


1.  Pertama sekali, snap gambar dulu, transfer dalam laptop, and bukak Microsoft Powerpoint. Mula dengan tekan “Design” (kat bahagian atas). Kemudian, tekan “Page Setup”. Seterusnya, tukar width dengan height jadi 30 x 30. Tujuan saya buat sizing jadi petak macam ni, sebab bila post kat Instagram, dia nampak kemas, kalau nak dibandingkan dengan bentuk memanjang. Lepas dah tukar sizing tu, tekan OK.


2. Copy paste gambar yang korang dah snap kat main screen.


3. Besarkan gambar ikut kesesuaian, dan crop bahagian-bahagian yang terlebih-lebih dan bahagian-bahagian yang tak nak pakai tu. Tau tak macam mana nak crop ? Double click gambar, cari button “Crop” kat bahagian atas kanan korang.


4. Next, click kat gambar, tekan “Format”, then tekan “Remove Background”.


5. Lepas click “Remove Background”, dia akan appear macam ni. Korang boleh adjust points yang ada kat keliling gambar tu, and adjust supaya gambar model tu tak terpotong. Warna purple tu, bahagian yang akan dibuang. Kalau dah adjust points tu, tapi still tak dapat buang bahagian-bahagian tertentu, guna tools yang ada kat atas kiri (dalam box merah). Tools tu boleh adjust bahagian-bahagian yang Powerpoint tak auto-detect. Adjust sampai okay, and then tekan “Keep Changes” atau tekan button “Esc” kat keyboard korang.


6. Ni, hasil lepas “Remove Background”. Kalau masih ada bahagian-bahagian tertentu yang korang nak adjust, repeat balik step tadi.


7. Right click dekat background (luar daripada main screen), and click “Format Background”.


8. Tekan “Fill”, and pilih color yang korang nak jadikan background. Sebagai contoh, saya pilih warna biru cair untuk jadikan background gambar ni. Warna putih je pun takpe.


9. Main screen akan appear macam ni. Next step !


10. Right click dekat gambar model, and click “Format Picture”. Tekan “Shadow”. Lepas tu tekan “Presets” and pilih shadow ikut kesesuaian. Sebagai contoh, saya pilih outer yang dalam kotak merah tu.


11. Lepas tu, tukar range “Blur” jadi 100 pt. Tukar range “Distance” jadi 200 pt. Lepas tu tekan “Close”


12. There, gambar nampak hidup sikit, acah-acah ambik kat studio dengan background biru cair. Tapi nampak kaki model tengah duduk menyenget. Untuk tutup kaki model tu, saya ada cara lain selain daripada "crop". Pergi next step.


13. Click “Insert”. Click “Shapes”. Pilih shape rectangle, and buat shape rectangle tu atas kaki model yang kita nak tutup tadi tu.


14. Right click kat rectangle tu, and then tekan “Format Shape”. Tekan “Fill”. Tekan “Gradient Fill” Lepas tekan “Gradient Fill”, button 3, 4, 5 tu akan appear. 

Click button 3, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background (step yang awal-awal tadi). 

Click button 4, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background. 

Click button 5, tukar jadi color yang sama dengan color yang kita pilih sebagai background. Untuk button 5, ada extra step. Lepas dah tukar color, bahagian “Transparency” tu, tarik ke kanan sampai 100% .

Jangan tekan close dulu. Proceed dengan next step.


15. Sekarang, tekan “Line color”. Tekan “No Line”. Tekan “Close”.


16. Hasilnya, kaki dah tak nampak. Korang boleh adjust rectangle tu supaya dapat cover kaki model tu, supaya ngam-ngam je. Rectangle tu still ada kat situ, cuma warna dia dah blend dengan warna background. Sebab tu kena pilih warna yang sama dengan warna background. Kalau nak tukar warna background, make sure tukar warna rectangle si pemotong kaki gambar ni jugak haha. Dah nak siap ni, proceed dengan next step.


17. Tekan “insert”. Tekan “Text box”. Tambah tulisan untuk highlight gambar tu. Contoh, boleh letak nama tudung tu. Macam dalam gambar ni, saya letak nama series tudung ni. Boleh guna font pilihan masing-masing, warna font bersesuaian, and susun ikut kreativiti masing-masing. Kalau perlu lebih daripada 1 text box, silakan.


18. Cara nak save, tekan “File”. Then tekan “Save as”. Letak nama gambar, and tukar “save as type” tu jadi “JPEG” atau mana-mana format gambar yang sesuai.

Sumber : Facebook 

Post a Comment

10 Comments

  1. He...23x dah bertahun pakai powerpoint untuk edit gambar tapi masih tak power lagi.

    Laptop skrg x sesuai untuk install photoshop. Tue yg terpaksa pakai powerpoint. Janji ada...

    ReplyDelete
  2. EDIT PHOTO DGN POWER POINT AKAN KELIHATAN LBH KEMAS N CANTIK...XRETI SGT TAPI SUKA KLIK2 SAJA.M

    ReplyDelete
  3. Memang tahu , power point boleh edit gambar . Tapi tak tahu lak boleh sampai lawa camnie .

    ReplyDelete
  4. Tq info yang sangat berguna...

    ReplyDelete
  5. Pergh hebat2. ilmu baru ni, thank you.

    ReplyDelete
  6. oh baru tahu boleh edit gambar pakai power[oint . terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. Nak nangis ni..kat powerpoint saya tak de remove background....puas cari tk jumpa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.