Resepi Air Lemon Pudina Untuk Berbuka : Segelas Minum Memang Tak Cukup!

Sumber gambar : Facebook Nieza Nor Hamnira

Bulan puasa ni tahun ni cuaca memang panas sikit. Masuk je tengahari, dah terasa tekak tu kering. Tengok orang jual air bermacam-macam jenis tepi jalan rasa macam nak borong je semua. Maklumlah, nafsu dahaga tengah mencanak goda masa tu. Untuk keringkan serta segarkan tekak korang masa berbuka, apa kata cuba resepi air lemon pudina. Gerenti segelas memang tak cukup. Kos nak buat pun tak sampai RM5.00.

Untuk sesiapa yang nak buat boleh cuba resepi yang mudah dibawah :

Bahan-bahan :

- 3 biji lemon (2 biji untuk blend, 1 biji hiris untuk hiasan)
- 5 helai daun peppermint (pudina)
- 1/2 cawan air gula & ais yang secukupnya.

Cara membuatnya : 

- Kupas kulit lemon, potong dan buang biji sekali 
sebelum blend nak elakkan rasa pahit. 
- Blend lemon yang dikupas & tapiskan dalam jug. Takde blender perah je lemon.
- Masukkan air gula & air ikut tahap kesihatan memasing. (digalakkan guna gula stevia).
- Last sekali masukkan ais. Hiriskan lemon dan siat-siatkan daun pudina sebagai hiasan. 
- Nak tambah lagi rasa segar masa berbuka, boleh perah 3 biji limau nipis/limau kasturi dalam jug.

Post a Comment

2 Comments

  1. SALAM RAMADAN CIKGU NICK N ISTERI..SEDAP NI BUAT MINUMAN BERBUKA PUASA.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.