Cara,Panduan Dan Langkah Isi Borang Cukai Pendapatan Online (E-Filing) Yang Lengkap

Cara Dan Langkah Isi Borang Cukai (E-Filing) Yang LengkapMulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Jadi, sempena musim percukaian ini, nak kongsikan cara-cara dan langkah-langkah bagaimana untuk mengisi borang cukai (e-filing) dengan mudah.

1. Langkah pertama ialah dengan melayari https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan login No. Pengenalan dan password. Bagi mereka yang kali pertama untuk daftar, tekan login kali pertama dan mohon No. PIN individu di cawangan LHDN berdekatan kawasan anda. Pastikan anda salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan / menyemak No. PIN.

Cara untuk mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai:

• Cawangan LHDNM yang berdekatan. Perlu disertakan:
i. Salinan Kad Pengenalan,
ii. Penyata Pendapatan / Slip Gaji terkini


2. Setelah itu, anda hendaklah memilih E-borang.


3. Seterusnya, pilih Borang BE (e-BE) jika kerja bergaji. Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.


4. Isi maklumat tentang individu.


5. Isi maklumat tentang pendapatan berkanun, jumlah pendapatan dan pendapatan tahun kebelakangan yang belum dilaporkan. Untuk mengisi pendapatan berkanun penggajian, boleh tengok Borang EA. Contoh Borang  EA boleh rujuk disini.


6. Isi pelepasan/rebat/tolakan cukai/pelepasan cukai.


7. Rumusan cukai pendapatan.


Post a Comment

5 Comments

  1. Bayar cukai demi kemakmuran negara n kebaikan bersama jikalau dgn niat tulus ikhlas pasti besar ganjaran pahalanya tu...insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. bila boleh mula isi cukai taksiran 2016, tak nampak pun, hanya ada sampai 2015 jer?

    ReplyDelete
  3. Borang ni utk tahun 2015. Utk tahun 2016 item no. 6. Isi pelepasan/rebat/tolakan cukai/pelepasan cukai dah takde.

    ReplyDelete
  4. Untuk bahagian anak tu, nak isi macam mana? Keliru sebab ada kelayakan 100% & 50%. Isi kedua-dua bahagian ke?

    ReplyDelete
  5. Yang bahagian rebat untuk anak tu nak isi macam mana? Saya keliru sebab ada bahagian kelayakan 100% & 50%. Perlu isi kedua-dua bahagian ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.