Petua Tangan Terkena Minyak Panas l Petang semalam rasa teringin pulak nak makan kuih. Bukak peti sejuk tengok ada lagi sepeket kuih frozen. Terus panaskan minyak dan letak kuih frozen tu dalam kuali guna tangan, tak guna sudip. Nak dijadikan cerita, kuih frozen yang terakhir tu, aku masukkan dalam kuali dan tak sampai satu saat, rasa macam kena renjatan elektrik. Rupa-rupanya, bukan kuih yang jatuh dalam kuali, tapi jari aku dulu yang sentuh minyak panas tu. Apalagi, terpelanting semua barang!
Alhamdulillah, bangun pagi ni jari tak mengelembung dan tak sakit. Rupanya banyak barang kegunaan yang ada kat rumah boleh dijadikan ubat jika tangan terkena minyak panas. Ubat yang aku guna ialah madu lebah. Basuh dulu jari yang terkena minyak panas dan letak sikit madu atas tempat yang sakit tu. Jangan lap, biarkan je madu tu kering. Mujur ada simpan madu lebah Al-Shifa.
Alhamdulillah, bangun pagi ni jari tak mengelembung dan tak sakit. Rupanya banyak barang kegunaan yang ada kat rumah boleh dijadikan ubat jika tangan terkena minyak panas. Ubat yang aku guna ialah madu lebah. Basuh dulu jari yang terkena minyak panas dan letak sikit madu atas tempat yang sakit tu. Jangan lap, biarkan je madu tu kering. Mujur ada simpan madu lebah Al-Shifa.
Hasil dari sapu madu lebah, jari tak mengelembung.
PETUA TANGAN TERKENA MINYAK PANAS
1. Sapu madu lebah ditempat yang terkena minyak panas dan biarkan hingga kering. Digalakkan minum sekali madu lebah tersebut (satu sudu). Dijamin tempat yang terkena minyak panas tak mengelembung.
2. Sapu ubat gigi atau kicap pada bahagian yang sakit dan biarkan hingga kering. Kulit mungkin akan terasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.
3.Sapukan bahagian kulit yang terkena minyak panas dengan aloevera atau lendir daun lidah buaya dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.
4. Rendam bahagian yang luka dalam air yang sejuk/ais selama beberapa minit untuk kurangkan sakit.
5. Sapu serbuk kopi pada bahagian yang sakit. Mungkin akan rasa pedih sedikit. Selepas 10-15 minit, buang serbuk kopi pada tempat yang sakit dan kulit takkan melecur atau melepuh.
6. Pecahkan sebiji telur dan sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Sapu lagi apabila dah kering.
Yang mana ada petua atau cara untuk elakkan tangan melecur,mengelupas atau mengelembung selepas terkena minyak panas, bolehlah share kat sini ye. Kadang-kadang petua tradisional lebih berkesan tanpa kita sedari. Yang perempuan kalau tangan terkena minyak panas, tu tanda korang rajin masuk dapur. Ramai orang nak buat menantu tu :)
7 Comments
saya terus basuh dengan air bahagian yg terkena minyak panas tu...
ReplyDeletealhamdulillah...mujarab
Terima kasih di atas perkongsian :) Selalunya saya akan rendam dengan air sejuk dulu, lepastu baru sapu dengan ubat gigi. Alhamdulillah. Okey ^^
ReplyDeleteMadu lebah bagus untuk pernyembuhan
ReplyDeletewah banyak tips yg dikongsi kalau terkena minyak panas bagus tu...kak sapu kicap jer.
ReplyDeleteBiasa aku sapukan dengan ubat gigi. :D - adarain.com
ReplyDeletebyk tip.... biasa buat ubat gigi jee
ReplyDeleteMacam nak goreng tangan jak. Heheh. Kalau saya, saya sapu dengan ubat gigi jerlah. Senang nak dapat time-time kecemasan macam ni.
ReplyDeletehttp://angellovesoldier.blogspot.com/
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.