Misteri Seram Pokok Pisang Di Belakang Rumah

Biasanya kalau waktu hujan, bumbung di bahagian dapur selalu berbunyi. Ditambah lagi dengan ribut yang kadang-kadang bertiup kuat, bunyi tu seakan-akan tangan yang mengetuk bumbung rumah. "Pap..pap..pap" bunyi akan berterusan selagi hujan masih turun. Biasanya bunyi ni akan berhenti setelah hujan dan ribut dah reda sedikit . Kat sini biasanya hujan lebat pada waktu malam , so nak pergi periksa belakang rumah cuak jugak. Dalam kepala dah terbayang macam-macam benda. Ada terdengar orang cakap kalau bunyi atas bumbung rumah maknanya ada 'something'.

Bangun pagi tadi, selepas pinjam parang dari jiran sebelah, terus bergegas pergi ke belakang rumah. Manalah tahu kan, kot-kot bunyi tu datang dari cubaan orang nak mencuri dengan mengopek pintu rumah. Disebabkan pintu belakang rumah aku tak boleh nak bukak sebab pintu grill tu dah stuck, terpaksa naik kereta dan pusing kawasan perumahan aku hanya untuk pergi ke belakang rumah. Sadis betul!


Sampai je kat belakang rumah, tersengih seorang diri. Rupa-rupanya ni la punca kepada misteri bumbung dapur rumah berbunyi. Buah pisang dah masak dan pokok pisang tu dah hampir nak tumbang ke arah bumbung. Patutlah bunyi "pap..pap..pap" tu pokok pisang yang buat. Masa waktu ribut pelepah pisang hanyun kat bumbung. Tak pasal-pasal aku pulak yang seram. So, bila dah masak tu pokoknya....pokoknya perlu ditebang.


Selepas potong buah tu dari tandan, dapat la dalam 12 sikat. Buahnya memang besar, dalam gambar je nampak kecik. Kalau nak habiskan semua ni memang tak termakan. So, sedekah sikit kat jiran. Rezeki hari jumaat. Selalunya kalau nak makan pisang, pergi cari kat market. Satu sikat pisang lebih kurang dalam RM5, bergantung pada saiz buah. Peram dulu sehingga masak. Boleh la buat cekodok, pengat pisang atau goreng pisang pasni.

Post a Comment

5 Comments

  1. ingat citer seram tadi..tapi memang sadis nak gi belakang rumah sendiri kena naik keter..huhu

    ReplyDelete
  2. murah tu RM5 seikat... tgk pisang arang ni terus lapar pisang goreng... kalau kat kelantan pisang ni ore pgl "pise kebatu"... buat pengat + pulut mmg perghhh sedap... hehe

    ReplyDelete
  3. maunya takut nak baca memula....rupanya pisang minta ditebang...nice tajuk!

    ReplyDelete
  4. WAH KISAH PISANG ABU RUPANYA...PISANG NI SEDAP DIGORENG R DIBUAT BUBUR...BUAT CEKODOK XSESUAI KOT SBB ISINYA KENYAL LIAT...

    ReplyDelete
  5. masa kecik dulu bila tiba musim bah, abam n kawan2 tebang btg pisang utk dibuat rakit. Nostalgia tul main rakait di tengah sawah padi!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.