Cemburu Tengok Blogger Update Blog Setiap Hari l Aku rasa aku ni bukanlah dalam kategori seorang blogger yang tegar dalam bab meng-update blog setiap hari. Hampir dua minggu blog kesepian tanpa entri baru. Tahap frekuensi aku nak update blog untuk kongsi cerita kepada umum kadang-kadang tu terhad disebabkan masa yang lebih kepada kerja. Maklumlah, sesi persekolahan pun baru bermula. Masa lebih lebih tumpu kepada kerja dan pelajar. 7.30 mula masuk kelas dan berakhir pada pukul 2.30. Petang pulak ada meeting, perjumpaan sana sini, latihan sukan sampailah pukul 5. Selepas solat asar, bergegas pulak pergi ke gym. Balik rumah badan dah penat. Nak tak nak, masa untuk berkasih sayang dengan blog makin hari makin kurang..sabar ye blog dengan tuan anda!
Perjumpaan kelab,persatuan dan unit beruniform. Disebabkan aku ni ajar subjek bahasa inggeris, kena in charge kelab bahasa inggeris.
Jadi jurulatih untuk merentas desa. Hari-hari students aku paksa lari keliling kampung untuk kuatkan stamina.
So far, trafik blog masih lagi maintain antara 6000-7000 pageviews walaupun berminggu-minggu tak update blog. Sebab tu masa nak update entri terbaru, selalu berfikir nak tulis entri apa yang dapat jana trafik dengan update blog seminggu sekali. Tengok earning dari Adsense, Nuffnang, H12 Media dan Komisen Job Di Rumah, nampaknya ada penambahan setiap hari. Bukak email pun ada jugak offer dari pihak tertentu. Rezeki untuk 2016. So, benda-benda yang macam inilah yang membakar semangat aku untuk terus berblogging.
Cemburu jugak tengok bloger-blogger yang update blog setiap hari setiap masa. Sah-sah korang ni jenis blogger yang tegar. Tak update blog setiap mesti tak senang duduk kan?hehe. Tengok blogger-blogger lain update blog setiap hari merupakan satu perkara yang mengagumkan Hat off to you!
5 Comments
ni masa byk tp idea tkde. hehe
ReplyDeleteKadang-kadang idea hilang sebab lambat sangat nak ditulis.
ReplyDeletewaktu kerja banyak je idea datang, bila depan laptop.. semua pakat lari
ReplyDeleteSaya pun tak rajin. Dulu dua minggu sekali. Sekarang sebulan sekali je. By the way kira okey la juga.
ReplyDeleteok la tu, Saku berbulan2 baru update 1 entry, thorbaikk
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.