Resepi Tom Yam Campur Masam Pedas

Resepi Tom Yam Campur Masam Pedas l Sejak kecik lagi aku memang suka dengan resepi tomyam ni. Tengok kuah tomyam merah pekat, mengalir air liur walaupun rasanya pedas berapi. Mungkin sebab aku ni berasal dari Kelantan yang bersempadan dengan Thailand, jadi masakan tomyam ni kira salah satu masakan kegemaran aku. Resepi ini sebenarnya ditulis oleh Aisha Shukor diambil di Facebook dan aku tambah sikit ikut selera aku. Selalunya aku masak tomyam biasa. Tapi resepi tomyam ni lain dari yang lain. Gerenti sedap punye!

CARA MEMASAK TOM YAM CAMPUR MASAM PEDAS


1. Pertama sekali, sediakan bahan-bahan seperti setengah ekor ayam (atau makanan laut lain seperti udang,sotong,lala), 5 batang serai, 2 biji tomato, 3 biji limau, 6 helai daun limau purut, 1/2 ulas bawang merah, 8 ulas bawang putih, halia muda, cili padi, putik jagung muda, cendawan (atau kubis bunga,karot) dan pes tomyam.


2. Panaskan minyak 3 sudu,leburkan 5 batang serai (diketuk),daun limau purut 6 helai (dikoyak-koyak) dan tomato dua biji dibelah 6. Kemudian, tumis sehingga naik bau.


3. Masuk bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang besar,bawang putih dan halia muda. Akhir sekali, masukkan cili api dan kisar pusing dua kali je. Tumis sampai betul-betul masak dan terbit minyak.


4. Guna dua sudu besar pes tomyam thai dan tumis sekali bersama bahan yang dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan ayam yang telah dibersih dan dipotong kecil ke dalam kuali. Selepas itu, masukkan 5 cawan air. Tutup kuali dan biarkan masak selama 10 minit.


5. Sediakan air limau nipis yang telah diperah (3 biji) dan air asam jawa (asam jawa besar suku bola pingpong). Kemudian, ambil air asam jawa tu sikit dan campur dalam jus limau nipis itu. Masukkan campuran air asam jawa dan jus limau nipis ke dalam kuali dan biarkan ianya mengelegak. Seterusnya, letak garam secukup rasa.


6. Akhir sekali, masukkan sayur campur seperti putik jagung muda, kobis bunga dan cendawan tiram. Selepas dimasak selama 5 minit, tomyam campur masam pedas siap untuk dihidangkan.


Post a Comment

2 Comments

  1. huiyoooo!
    sir nik masakkkkkk.. haha

    ReplyDelete
  2. wah hebat Nick laa ni dah jadi chef pula, bertuah Mrs Nick yang cun melecun tuu hihi :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.