Nak Dapat Awek, Guna Pencuci Muka Dashing Manchester City Football Club

Pencuci Muka Dashing MCFC  : Untuk Lelaki Aktif, Kacak Dan Bergaya l Akhirnya parcel yang ditunggu dah sampai kat tangan. Bukak je parcel tengok ada 5 pack Dashing Manchester City Football Club (MCFC) Facial Cleanser. Bagi yang tak tahu, Dashing sebenarnya bergabung dengan Manchester City Football Club dalam menghasilkan produk ini.

Siapa kata lelaki tak perlu jaga penampilan? Bayangkan kalau muka lelaki kusam, berminyak, jerawat sana sini dan tak bermaya..agak-agak ada tak perempuan nak keluar dating? Sebab itulah, kita sebagai lelaki ni kena jaga diri lebih-lebih lagi muka supaya nampak aktif, kacak dan bergaya. First impression orang biasanya tengok muka dulu dalam masa 3 saat. Dalam 3 saat itulah, orang akan judge kita berdasarkan apa yang kita tampilkan. Kalau penampilan diri kita terjaga, yang tak ada awek lagi tu jangan risau..perempuan pulak yang akan usha korang. 


Rahsia nak dapat awek mudah je. Jaga penampilan wajah dengan guna produk terbaru Dashing Facial Cleanser macam pemain-pemain bola sepak Machester City seperti Kevin De Bruyne, Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan juga David Silva. Amacam? Berani cuba?

5 PRODUK TERBARU PENCUCI MUKA DASHING MCFC

Untuk keluaran terbaru, Dashing menghasilkan 5 produk yang berbeza, sesuai untuk lelaki Asia. Setiap kandungan produk yang dihasilkan dengan teliti mengikut masalah kulit tertentu yang dihadapi oleh lelaki yang ada gaya hidup aktif. So, kalau nak guna produk ini, pastikan korang pilih produk yang sesuai dengan kulit korang.

Yang lelaki mesti nak nampak macho kan untuk usha awek? Nak nampak macho dan bergaya di mata perempuan, 5 produk pencuci muka Dashing korang perlu cuba iaitu :


DASHING WHITENING SCRUB
Lelaki pun boleh ada kulit yang flawless jugak dengan menggunakan Dashing Whitening Scrub. Pencuci muka ini dirumus khas dengan Garam Laut (Sea Salt) untuk membersihkan kulit secara mendalam dan mengelupaskan kulit mati untuk menjadikan warna kulit sekata. Ianya juga membantu membersihkan liang roma yang tersumbat dan membuang kotoran serta bintik-bintik hitam.


DASHING OIL CLEAR
Bagi yang ada masalah kulit berminyak, Dashing Oil Clear ini adalah penyelesaiannya. Dirumus khas dengan ramuan rahsia iaitu Bamboo Charcoal, pencuci muka ini membantu menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan dengan menjadikan kulit muka bebas dari masalah kulit berminyak dengan cepat. Lepas guna pencuci muka ni, muka terus tak berminyak..rasa sejuk je lepas tu. Memang best!


DASHING ICY FRESH
Untuk memastikan kulit sentiasa segar, korang perlu guna Dashing Icy Fresh. Pencuci muka ini mengandungi Ice Glacier yang memberikan kesegaran dan kesejukan yang berkekalan sekaligus mengatasi masalah kekeringan kulit. Kulit muka rasa berangin dan sejuk je. Memang terbaik Dashing Icy Fresh ni!


DASHING EXTRA WHITE
Kalau korang nak kulit yang extra cerah, digalakkan guna Dashing Extra White yang mana produk ini dihasilkan dengan Swiss Alpine Plants yang akan menjadikan kulit korang lebih cerah dan tona kulit yang sekata. Produk ini juga mempunyai perlindungan UV yang boleh menghalang terjadinya bintik-bintik hitam. Pencuci muka yang aku paling suka, maklum la kulit lelaki tak secerah perempuan. So, lelaki yang nak cerahkan kulit, aku recommend guna pencuci muka Dashing Extra White..terbaik!


DASHING ACNEE FREE
Bagi lelaki yang mukanya berjerawat, pertama sekali korang kena cegah bakteria penyebab jerawat tu dengan Dashing Acnee Free. Pencuci muka ini mengandungi Zinc & Clay yang melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat di wajah dan menjadikan kulit muka lebih licin dan sihat berbanding sebelum serta bebas dari jerawat.

HARGA PRODUK PENCUCI MUKA DASHING

Pencuci Muka Dashing (Dashing Facial Cleansers) boleh didapati di Guardian atau Watson. Semua produk yang disenaraikan di atas boleh didapati pada harga RM6.90 untuk 50g dan RM10.90 untuk 100g. So, lepas ni korang tak perlulah bimbang lagi pasal masalah kulit muka. Nak ngorat awek pun rasanya tak jadi masalah lagi kan?

PELUANG UNTUK KE MANCHESTER,UK SELAMA 6 HARI 5 MALAM


Kalau dah beli produk pencuci muka Dashing ni, jangan lupa pulak untuk sertai contest yang dianjurkan. Dashing bagi peluang kepada mereka terutamanya kaki bola untuk menjadi 11 pemenang bertuah untuk pergi ke Manchester, UK selama 6 hari 5 malam. Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya. Lawatan ini juga termasuk 3 hari 'training camp' di City Football Academi, peluang untuk mendekati pemain bola sepak Manchester City, melancong ke Stadium Etihad dan tak lupa juga tiket VIP untuk menonton sendiri perlamanan LIVE antara Manchester City FC dan juga Manchester United pada 19 March 2016.

Kalau nak menang mudah je. Caranya :

1. Beli mana-mana produk Dashing atau Elite. 
2. Kemudian, hantar SMS ringkas seperti yang dinyatakan pada botol produk.
3. Contest berakhir pada 31 December 2015.


Maklumat lanjut, layari facebook Dashing : Dashing

So, tunggu apa lagi, boleh pergi beli sekarang. Yang perempuan nak beli untuk boyfriend, tunang atau suami pun tak ada masalah. Kalau diorang menang, korang boleh ikut sekali :)


Post a Comment

6 Comments

  1. Sekarang ini dah tak yah risau kan..dah byk produk penjagaan muka untuk lelaki and one of them dashing ini..byk choices plak tuh..nice review :)

    ReplyDelete
  2. bagus dashing ni.. memacam produk dah dia keluarkan.. dulu rasa macam perfume je ke ape

    ReplyDelete
  3. mesti wajah lnh kacak bergaya menggunakan produk dashing ni...

    ReplyDelete
  4. dlu waktu kecik2 dashing femes. Sekrg dah ada mcm2 produk dia keluarkan. bgus betul

    ReplyDelete
  5. masa sekolah menengah dulu pemes brand dashing ni
    sekarang dah mcm2 produk kat pasaran
    apa pun bedak dashing ni memang sedap bau dia..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.