Kedudukan Jin Qarin, Jin Ifrit, Jin Saka Dan Jin Za'bar Pada Tubuh Manusia Dan Rawatan

Kedudukan Jin Qarin, Jin Ifrit, Jin Saka Dan Jin Za'bar Pada Tubuh Manusia l Setiap syaitan dan jin berupaya bergerak dalam tubuh manusia melalui aliran darah. Mereka bergerak lebih pantas dan lebih efektif apabila darah yang terhasil dari sumber yang haram. Pesakit yang lalai berzikir kepada Allah, tidak menjaga solat fardhu, selalu bersifat buruk, tidak pasrah dan tawakal kepada Allah akan memberi ruang seluas-luasnya untuk syaitan dan jin menguasai hati seterusnya perbuatan.


KEDUDUKAN JIN DALAM TUBUH MANUSIA

JIN QARIN
Jin qarin kafir dapat masuk ke dalam tubuh manusia melalui lubang telinga, umbun-umbun dan anggota badan yang lain. Sering keluar masuk badan manusia dan sumber kekuatan kepada jin ifrit, saka dan jin za'bar. Sumber makanannya dari aura kejahatan nafsu (dengki, cemburu,marah dan sifat buruk). Melemahkannya dengan membaca Surah Yasin dan takbir.

JIN IFRIT
Jin ifrit atau jin kafir digunakan tukang sihir/ilmu hitam untuk menganggu dan mencederakan organ tubuh manusia. Bijak menipu dan memperdayakan manusia. Sifatnya agresif dan berani mati serta patuh pada tuannya.Membunuhnya dengan membaca kalimah zikir dan takbir.

JIN SAKA
Jin saka pelbagai jenis dan bangsa. Digunakan orang dulu-dulu untuk ilmu kebal,benteng, kekuatan,penggerun dan lain-lain. Mencari waris atau tuan untuk mendapatkan sumber makanan dan tempat tinggal. Membunuhnya dengan membaca kalimah zikir dan takbir.

JIN ZA'BAR
Jin za'bar ada belalai dan ekor yang menusuk dalam hati jika lalai zikir. Membisikkan di hati segala perkara tidak yakin dan was-was terutamanya amalan dan ibadah kepada Allah. Sumber makanannya aura was-was hati manusia. Membunuhnya dengan membaca Surah Al-Fatihah dan takbir.

Kedudukan Jin Qarin, Jin Ifrit, Jin Saka Dan Jin Za'bar Pada Tubuh Manusia

Semoga menjadi pedoman kepada sesiapa yang tidak tahu selama ini Selepas ni, kita perbanyakkan zikir dan amal ayat-ayat pendinding diri dari Al-quran.

Post a Comment

3 Comments

  1. salam jumaat...semoga kita terhindar daripada gangguan jin-jin yang tidak diingin n merosakan akidah rohani/jasmani dgn xmemberi peluang mrk mendekati kita dgn amalan solat n zikir...insya allah.

    ReplyDelete
  2. oooh! thanks share ni...sebab Sally sellau rasa yg qarin tu sentiasa ada dalam diri..mohon dijauhkan segala musibah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.