Income Pertama RM400 Hasil Dari Buat Duit Dengan H12 Media l Ini adalah income pertama hasil dari pengiklanan H12 Media. Income yang dapat dibayar dalam bentuk USD. Memang masyuk la bila tukar ke Ringgit Malaysia. Kebanyakkan blogger baru di Malaysia jana pendapatan dan buat duit blog melalui Nuffnang. Pengiklanan Adsense dan Innity pulak memerlukan syarat-syarat yang ketat dan perlu dipatuhi sebelum permohonan itu diterima.
Manakala H12 Media merupakan platform buat duit yang dikira masyuk jugak untuk blogger baru dan lama. Tak kisah la sama ada trafik blog anda slow macam siput sedut, dengan H12 Media, anda masih berpeluang untuk menjana untuk menjana wang dalam USD. Sekiranya anda menulis blog secara konsisten serta mendapat ramai pelawat setiap hari, mungkin anda boleh menggunakan kesempatan itu dengan meletakkan iklan daripada H12 Media.
1 Dolar bersamaan RM4.28 (buat masa sekarang). USD 109 ditukar kepada Ringgit Malaysia dapat RM446. Amacam? masyuk tak? Tak campur lagi earning dari Nuffnang dan Adsense.
CARA NAK DAFTAR DENGAN H12 MEDIA ADVERTISING
Untuk mendaftar dengan H12 Media, sila ikut langkah-langkah yang telah disediakan. Pendaftaran adalah percuma dan mudah je.
1. Daftar blog anda disini : PENDAFTARAN dan isi maklumat peribadi dengan lengkap dengan email yang valid. Kemudian, buka email pengesahan yang dihantar ke email yang anda daftarkan.
2. Log in web H12 Media dan klik bahagian "Web Sites". Masukkan url blog anda seperti contoh di atas.
3. Pilih "Add a meta tag into your website".
4. Copy meta tag yang diberikan ke dalam coding Edit HTML blog. Tekan CTRL F dan cari code <head>. Paste meta tag tersebut selepas code <head>.
5. Klik pada kotak "I accept the rules of H12 Media about forbidden content types".
6. Klik Verify & Add to my account. Selesai. Anda hanya perlu menunggu email dari mereka yang menyatakan samada blog anda diterima atau tidak.
7. Selepas di approve, masukkan banner ke dalam blog. Klik pada "Banner Tags" dan pilih jenis banner yang sesuai.
CARA PEMBAYARAN H12 MEDIA
Tekan je request payment dan boleh dikeluarkan melalui akaun PayPal atau Wire Transfer. Yang menariknya cepat je earning meningkat. Nak buat duit dengan H12 Media Advertising ni tak sesusah syarikat pengiklanan yang lain. Anda tidak perlu menjadi pengemis dengan syarikat pengiklanan yang kedekut dan tak perlu menunggu pembaca atau pelawat untuk klik iklan. Kehadiran pembaca/pelawat sahaja sudah memadai untuk mendapat duit melalui H12 Media. Satu lagi H12 Media ini adalah referral program. Ada orang daftar guna link kita, kita akan dapat komise. Senang kan?
BUKTI BAYARAN DARI H12 MEDIA
Tunggu 5 hari bekerja sebelum duit dimasukkan ke dalam akaun. Siapa kata jadi blogger akaun tak masyuk? Mudah je, kalau anda nak tambah income, follow apa yang aku cadang kat atas. Kalau tak nak, terpulanglah.
TUNGGU APA LAGI !
Daftar ke H12 Media Advertising sekarang di sini : PENDAFTARAN
13 Comments
emm ..ympang tnya skit neh , depa antaq e-mel kata blog brjaya atau tidak dalam tempoh bapa lama ek??
ReplyDeleteTunggu email pengesahan dari pihak H12 Media dalam masa 24jam untuk di approve. Yang saya punya dalam beberapa jam je dah approve. Kena check email selalu la.
DeleteAduhh .. blogspot dah x leh trima dah laa dia antaq cam neh haa
ReplyDeleteAdding a BlogSpot website under H12 Media publisher account is not allowed anymore
Masa nak add website tu, ada kan tulis kat bawah tu : URL Address of your website: (Examples: http://www.example.com, http://mysite.blogspot.com, https://www.mysecuresite.com)
Deletemaksudnya blogspot yang domain my tak diterima..tu susah kalau blogspot.com bertukar jadi blogspot.my..huhu
jangan risau, tukar balik blogspot.my jadi blogspot.com..kemudian baru add website..konpem jadi.
baca kat sini : http://nicknashram.blogspot.my/2015/09/cara-tukar-blogspotmy-kembali-asal-ke.html
wahh .. makaseh la ..saya dah buat smua dah, dah tukaq dot my jadi dot com dah, tapi tetap sama jugak la .. depa kata benda sama jugak.. blogspot tak diterima ...huhu, ape nak buat dah x dak rezekiiii ...
ReplyDeleteSaya punye akaun ni dah buat masa 2014 lagi..pihak H12 Media ada bagi notification bermula 1.3.2015 domain blogspot diorang tak terima dah. kena ada domain sendiri baru boleh add website tu.
Deleteowhh ..ok la kalau mcam tu, trima kasih la noh .. moga terus masyuk ..huhu
ReplyDeletetahniah...bertambah rezeki lagi syukur alhamdulillah...teringin juga nk cuba.
ReplyDeleteowh x pernah cuba lagi....
ReplyDeletelpas ni boleh apply..hope x kena reject hehehe
oo boleh cuba la ni
ReplyDeleteiklan H12 ni mengganggu kandungan blog tak? maksud saya menutup entri kita?
ReplyDeleteiklan H12 tak ganggu blog sebab ia jenis iklan statik..ada banyak jenis iklan yang boleh dipilih..cuma jangan pilih jenis pop up walaupun jenis iklan macam ni yang banyak dapat earning.
Deletedari arituh lagi dok baca entry nih sbb nak try..tapi tak try2 jgk..tapi hari ini dah daftar dah..tunggu dorang aprrove jer..terima kasih sbb share pasal ini..hehe
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.