Doa,Tips Dan Amalan Untuk Elak Rumah Dimasuki Pencuri Atau Jin/Iblis

Doa,Tips Dan Amalan Untuk Elak Rumah Dimasuki Pencuri Atau Jin/Iblis l Sekarang ni banyak kes pecah rumah dimana ahli keluarga dibunuh atau dirogol padahal rumah dah dikunci dengan manga solex. Macam-macam cara yang diguna oleh pencuri untuk pecah rumah. Apa yang menakutkan ialah pencuri menggunakan ilmu sihir yang boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepuk kunci manga, ia boleh terbuka dengan sendiri.

Cuba kita muhasabah semula...


Adakah kita semata-mata bergantung pada kunci sahaja untuk pastikan anak-anak, isteri dan keluarga kita selamat ketika tidur waktu malam hari? 

Adakah kita pernah memagar rumah kita dengan pendinding ayat Al-Quran?


CARA-CARA UNTUK ELAK RUMAH DIMASUKI PENCURI ATAU JIN/IBLIS

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut :

a. Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
b. Selawat ke atas nabi (2 kali) 
c. Ayat kursi (1 kali)
d. Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Maksud ayat:

"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat."

2. Baca ayat kursi ketika hendak tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan melindungi kita dari gangguan syaitan sampai pagi.

3. Berwudhu sebelum tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan mengirim malaikat untuk menjaga kita selama kita tidur. 

4. Jangan letak gambar makhluk hidup dalam rumah, kerana malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar makhluk hidupnya. Jika malaikat tak masuk, siapa yang akan melindungi rumah kita?

5. Amalkan baca Surah-Al Baqarah. Antara kelebihan surah al-Baqarah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: "Rumah yang di bacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan" 

Jika ini diamalkan insha Allah kita, keluarga kita dan harta kita sentiasa berada dalam penjagaan dan jaminan Allah.

Post a Comment

10 Comments

  1. asalam Niv\ck terima kasih panduan ini ya

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas tips ni. rumah kami dah 2 kali dimasuki pencuri. ada sekali tu orang dalam rumah pun tak sedar ada pencuri masuk.

    ReplyDelete
  3. thanks ingtkan..kita selalu lupa utk buat perkara2 mcm ni..padahal tahu tapi tak amalkn tu yg lupa jadinya

    ReplyDelete
  4. bertawakal kpd Allah sambil membaca ayat pendinding ni insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. thans for share bro..
    dah tahu bleh amalkan :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih.. InsyaAllah sama-sama kita usaha.

    ReplyDelete
  7. selawat nabi 3 kali.dalam amalan islam semuanya ganjil bukan genap

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.