Beli Rumah Siap Atau Beli Tanah Lot, Mana Lebih Baik? l Nak tanya pandangan korang yang sudi berkongsi pendapat kat sini mengenai pilihan terbaik sama ada beli rumah siap yang dibangunkan oleh developer atau beli tanah lot dan buat rumah sendiri atas tanah yang dibeli itu.
Sebab dah lama aku fikir, takkan selamanya nak menyewa rumah. Setakat ini, adalah beberapa buah rumah dan lot tanah yang aku survey. Tengok harga rumah sekarang ni mencanak naik dari setahun ke setahun. Nak cari rumah yang harga RM100 ribu lebih memang susah. Kalau ada pun rumah perumahan murah, orang dah booking awal-awal lagi. Kebanyakan harga rumah sekarang RM200 - 300 ribu ke atas. Terlalu mahal bagi mereka yang bergaji RM3000 ke bawah.
Apa yang aku rasa, beli rumah jauh lebih mahal. Bukan sebab tu je,perkara lain yang perlu difikirkan ialah biasanya rumah yang dibeli dari developer perlu dibuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu untuk memenuhi citarasa tersendiri. Contoh nak tambah bilik ke, besarkan dapur ke atau luaskan bahagian parking depan rumah. Dan ini sudah tentu melibatkan kos mungkin ribu-ribu ringgit!
KENAPA NAK BINA RUMAH SENDIRI?
Memandangkan harga rumah siap dibina semakin mahal sekarang ni, pilihan yang ada ialah dengan beli tanah lot untuk didirikan rumah di atasnya. Dari segi keluasan pun aku rasa puas hati untuk buat rumah mengikut design sendiri. Lagipun, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju. Tapi kos bina rumah sebelum dan selepas GST agak berbeza.
Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk beli tanah bagi tujuan bina rumah terutamanya apabila ingin menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Antaranya ialah jenis geran tanah. Terdapat 2 jenis geran tanah iaitu hak milik tetap dan hak milik sementara.
1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
2. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.
3. Elakkan menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram).
4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
7. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
8. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.
9. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
10. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
11. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat. Sumber :http://bridgeasia-property.com/2014/07/22/panduan-membeli-tanah
So, pada pendapat korang, mana yang lebih baik?
- Beli rumah siap atau
- Beli tanah lot dan buat rumah design sendiri
9 Comments
beli tanah lot dan buat design rumah sendiri...
ReplyDelete^_^
Sy nak beli tanah kot, boleh buat rumah idaman dkt situ
ReplyDelete#berangan kejap..hehe
beli tanah lot tapi periksa detil utk elak ditipu, ramai yg dh terkena beli tanah lot pada seseorang sampai bertahun-tahun xsiap lagi prosesnya duit dh dibayar.
ReplyDeletekena hati2 kalau beli tanah lot ni
ReplyDeletekena hati2 beli tanah lot ni
ReplyDeleterumah sekarang memang mahal. bukan setakat nk beli nak tgok pun takut.. pada pendapat sya beli Tanah lot then buat sendri :)
ReplyDeletePada tahun 2016 ini saya berumur 25 tahun. atas nasihat parents, saya sudah pun membeli sebidang tanah di berkedatan putrajaya cyberjaya di area dengkil. beli sebab agak murah dgn lokasi dkt kota besar n jalan kaki je sampai tasik bekas lombong. nti kalau kawin boleh buat rumah idaman untuk isteri ala2 a cabin in the woods.ahah.. habih jugaklah duit sndiri dlm RM50K tanah tu. tu belum buat rumah lg tu. beli dari tuan tanah sendiri lebih yakin elak penipuan. simpan gaji 3tahun semata-mata nk beli tanah.
ReplyDeleteKawasan mana tu ya? Ada kosong lg tak?
Deletesetuju sgt dgn beli tanah utk buat rumah idaman...bg sy adalah mmbazir kiranya beli rumah sedia ada dan lakukan pngubahsuaian...kiranya buat rumah idaman, kita sudah boleh create apa yg kita inginkn di rumah idaman kita tu...jgn bazirkn duit kita dan jgn trburu-buru...
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.