10 Tanda-Tanda Kematian Yang Baik ( Husnul Khatimah )

Semua mahluk yang bernyawa pasti akan mati dan kembali Allah SWT, tuhan yang menciptakan kita. Di saat kematian, hanya ada dua cara kita dimatikan, sama ada meninggal secara husnul khatimah (kematian yang baik) atau su'ul khatimah (kematian yang buruk).

Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti. Jadi, sediakan amalan yang secukupnya untuk menghadapinya sebab mati Itu bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

5 TANDA 100 HARI MENJELANG KEMATIAN


1. Tanda 100 hari sebelum kematian
Tanda ini akan terjadi selepas waktu asar di mana seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar akan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan terhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadirannya. Dan ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran, mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian dan tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sebarang manafaat.

2. Tanda 40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan terjadi selepas waktu asar, di mana bahagian pusar kita akan berdenyut-denyut saat daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya diatas arasy ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persiapan atas kita. Diantaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

3. Tanda 7 hari sebelum kematian 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang sedang diuji dengan penyakit. Biasanya orang sakit tidak selera makan, namun tiba-tiba ia sangat berselera dan lahap untuk makan.

4. Tanda 3 hari sebelum kematian 
Pada saat ini kita akan merasakan denyutan di bagian tengah dahi Iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dirasakan dan dikenali, maka berpuasalah agar perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang yang akan memandikan kita nanti.

Pada saat ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat diperhatikan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu di mana pada bahagian hujung telinga akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang melunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari sebelum kematian 
Akan terjadi selepas waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu bahagian ubun-ubun. Ini petanda kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya

6. Tanda akhir 
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk dibagian pusar dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian tengkuk.Pada saat ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT.

10 TANDA-TANDA KEMATIAN YANG BAIK ( HUSNUL KHATIMAH ) 


DOA MATI DALAM KEADAAN BAIK ( HUSNUL KHATIMAH ) 


Amalkan doa ini selepas solat setiap hari. Hari ni pun hari jumaat, penghulu segala hari dan hari yang banyak diberi pahala jika melakukan sesuatu lillahi ta'alaa . Alang-alang tengah surfing internet, tengah drive ke..basahkan mulut dengan zikrullah, SUBHANALLAH - ALHAMDULILLAH - LA ILA HA ILLALLAH - ALLAHUAKBAR

Semoga kita termasuk ke dalam orang-orang yang mati dengan cara khusnul khatimah.

Post a Comment

3 Comments

  1. Asalam...dah baca tanda kematian yang baik..terima kasih perkongsian ini ya NH

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH PERKONGSIANNYA...SEMOGA KEMATIAN KITA DI DALAM HOSNUL KHATIMAH...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  3. As salam. Semoga penutup kehidupan kita dalam husnul khatimah. Aamiin...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.