MUSIM BUNGA DI KOREA ( SPRING )
Masa Musim Bunga di Korea : Akhir bulan Mac hingga Awal bulan Mei.
Musim Bunga ialah masa yang terbaik untuk pergi melawat Korea. Musim bunga biasanya bermula sekitar akhir bulan Mac sehingga akhir bulan Mei . Salah satu perkara yang menarik kalau melawat Korea dalam masa bunga ialah korang boleh menikmati keindahan bunga seperti bunga sakura,forsythia, azaleas, magnolias, lilacs dan cherry blossoms di mana bunga ceri mula berkembang di mana-mana sahaja.
Hwagae Cherry Blossoms Festival
Yeouido Spring Flower Festival
Walau bagaimanapun, awal bulan Mac, suhu masih agak sejuk dan kebanyakan tempat masih terdapat lagi salji dan ais selepas berakhirnya musim sejuk. Suhunya adalah antara 5℃ – 20℃. Jadi, korang digalakkan untuk memakai pakaian seperti jaket yang tebal.
Memasuki bulan April, suhu tidak panas dan tidak sejuk, sesuai untuk berjalan menikmati keindahan Korea. Pada bulan ini juga, gunung-gunung mula ditutupi dengan pelbagai jenis bunga liar yang berkembang.
Kebaikan melawat masa musim bunga - Cuaca panas dan nyaman,pemandangan yang indah dihiasi dengan bunga-bunga , pelbagai acara dan festival, aktiviti luar seperti berkelah dan mendaki, dan lain-lain.
Keburukan melawat masa musim bunga - Sedikit sesak dengan festival , beberapa lawatan dari sekolah ke zoo dan tempat bersejarah.
MUSIM PANAS DI KOREA ( SUMMER )
Masa Musim Panas di Korea : Bulan Jun hingga September.
Musim panas juga adalah waktu yang baik untuk datang ke Korea tapi korang perlu ingat, musim panas Korea mungkin sedikit berbeza. Suhu musim panas di Korea adalah 23°C - 27°C. Suasana semasa musim panas adalah sangat lembap kerana lokasinya yang dikelilingi oleh lautan.Tapi jangan risau, walaupun musim panas dengan cuaca lembap, korang masih boleh habiskan masa dengan menikmati pemandangan yang indah dan tenang dengan menyewa resort atau bilik pada harga yang berpatutan.
Dan untuk lebih murah atau nak jimatkan kos, boleh berkhemah di tepi tasik dan sungai-sungai yang mana banyak terdapat di Korea. Pada masa yang sama, korang juga boleh menikmati keindahan gunung yang kehijauan yang terbentang indah.
Bagaimanapun, elakkan melawat pada pertengahan bulan Jun-Julai kerana waktu itu adalah musim hujan. Hujan lebat biasanya akan turun selama 2-3 minggu berturut-turut beserta dengan ribut Typhoon.
Pakaian pada musim panas : Sweater dipakai sekadar untuk fesyen, baju t-shirt atau kemeja, bawa seluar pendek atau panjang yang secukupnya, kasut dan stokin.
Kebaikan melawat masa musim panas - Terdapat jenis aktiviti luar seperti acara pantai dan makanan musim panas
Keburukan melawat masa musim - Cuaca panas dan lembap, sangat sesak, musim hujan, amaran Taufan, nyamuk, cengkerik kuat pada waktu malam.
MUSIM LURUH DI KOREA ( AUTUMN )
Masa Musim Luruh di Korea : Lewat September hingga pertengahan November.
Musim luruh juga merupakan musim yang terbaik jika korang merancang untuk melawat Korea, selain musim bunga dan musim panas. Pada musim ini, cuaca tidak terlalu sejuk dengan suhu 11°C-19°C tapi nyaman, sesuai untuk bersiar-siar. Pemandangan juga amat cantik kerana daun-daun pokok mula gugur dan berubah warna bertukar merah, oren dan kuning. Yang berminat untuk hiking sambil menikmati keindahan alam semula jadi, ini adalah masa yang terbaik.
Pakaian pada musim luruh : Jacket dan sweater, baju t-shirt atau kemeja, bawa seluar yang secukupnya, sarung tangan yang tidak terlalu tebal, kasut dan stokin serta mafla atau scarf untuk menghangatkan badan.
Kebaikan melawat masa musim luruh - Cuaca yang sesuai, pemandangan indah, tidak terlalu sibuk dan makanan yang murah.
Keburukan melawat masa musim luruh - Banyak sekolah-sekolah yang menganjurkan lawatan ke tempat-tempat terkenal dan ini akan menyebabkan sedikit sesak.
MUSIM SEJUK DI KOREA ( WINTER )
Masa Musim Sejuk di Korea : Lewat November hingga awal Mac
Musim sejuk di Korea masih boleh dilawati jika korang bercadang untuk pergi ke sana pada bulan November atau Disember kerana cuaca sejuknya masih boleh tahan lagi. Walaubagaimanapun, bulan Januari dan Februari, korang tak digalakkan kerana cuaca yang terlalu sejuk. Kebiasaan suhu musim sejuk di Korea : 0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara. Bagi yang bercadang untuk melawat Korea pada musim sejuk, pastikan korang pakai baju berlapis-lapis untuk menahan kesejukan. Biasanya, jalan agak licin pada musim ini disebabkan oleh salji dan ais.
Tetapi, musim salji di Korea sering menjadi pilihan bagi yang nak merasai suasana salji. Selalunya tiket flight pun lebih tinggi musim ni sebab banyak permintaan. Aktiviti musim salji di Korea ialah sledding, skiing dan skating.
Pakaian pada musim sejuk : Winter coat dan sweater, baju t-shirt atau kemeja, bawa seluar yang secukupnya, sarung tangan yang tebal, peutup telinga untuk elak telinga berdesing, kasut dan stoking serta mafla atau scarf untuk menghangatkan badan
Kebaikan melawat masa musim sejuk - Banyak makanan untuk musim sejuk boleh di nikmati seperti spicy rice cake snack, dimsum, dumpling dan banyak lagi, tak sesak dan aktiviti musim sejuk
Keburukan melawat masa musim sejuk - Cuaca yang sejuk, pemandangan diselaputi salji dan jalan yang licin.
So, yang mana bercadang nak ke Korea untuk bercuti atau pergi berbulan madu, rancang dengan sebaiknya. Jumpa di sana semua :)
10 Comments
Blom kesampaian lagi nk gi..hihu
ReplyDeletethis is great nick. Dah lama teringin nak pi korea but yeah still kumpul duit. Tips and tricks ni for sure gonna help lots of people >.<
ReplyDeletemusim bunga tu paling cantik rasenye
ReplyDeleteSpring seronok sebab dapat tengok cherry blossom & bunga2.
ReplyDeletecantiknya korea teringin juga nak kesana kalau ada kesempatan...
ReplyDeletewokeh dah boleh dah kumpul duit nak ke korea hihi
ReplyDeleteAishah
Kita pon nk pi 2017 musim bunga
ReplyDeleteSaya nak ke korea19-25 mei..musim bunga masih x?
ReplyDeleteSalam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.
ReplyDeleteUntuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.
Thanks for the info. Saya dan family akan ke korea pada 14/3/2017 ni
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.