Pernah Tak Kena Tindih Dengan Hantu Masa Tidur?

Pernah tak korang alami peristiwa atau pengalaman ditindih semasa tidur? Rasa macam ada satu lembaga besar duduk atas badan yang membuatkan kita nak jerit minta tolong tapi suara tak keluar. Nak meronta-ronta tapi badan rasa macam diikat. Dalam hati, dah baca ayat kursi berulang kali supaya 'lembaga' yang tindih kita tu lepaskan. Benda ni berlaku dalam beberapa saat sahaja. Tapi gerenti korang trauma nak sambung tidur balik kan?


PENGALAMAN AKU KENA TINDIH DENGAN 'HANTU'

Biasanya, masa kita kena tindih tu, mata kita terbukak tapi tak nampak makhluk yang menindih tu. Cuma dapat rasa sahaja. Bila aku fikir balik, rasanya ada persamaan dalam semua episod 'aku kenda tindih' sebelum ini. Majoriti orang yang kena tindih lebih kurang sama macam cerita aku kat bawah.

Pengalaman aku kena tindih ni berlaku masa study di universiti dulu. Kehidupan sebagai mahasiswa mestilah dipenuhi dengan assignments. Siang pergi kuliah, malam berjaga siapkan kerja sampai ke pagi. Kadang-kadang tak tidur langsung. Campus life penuh dengan stress.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu memang badan aku dah terlampau penat. Tapi memandangkan kerja banyak lagi yang belum siap, cuba jugak untuk stay up. Aku stay up sampai pagi walaupun waktu itu badan aku dah penat dan letih sangat. Sampai tak sedar tertidur. Rasanya dalam 5 minit lepas tu dah mula terasa badan ditindih.

Pada masa tu, rasa macam takut giler. Bayangkan semua anggota badan jadi kaku. Nak angkat jari pun tak mampu. Suara pulak tersangkut di kerongkong macam ada tangan yang mencekik leher. Aku cuba panggil roomate kat sebelah, tapi suara yang keluar cuma...erkk...erkk..erkk.

Dan selepas itu, kesemua siri 'kena tindih' melibatkan perkara yang sama.

KENAPA KENA TINDIH DENGAN 'HANTU'

 Hasil dari kesimpulan aku :

1. Kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan dan otak yang terlalu penat.
2. Tidur dengan membiarkan tingkap bilik terbuka, sebab salah satu peristiwa kena tindih ialah membiarkan tingkap terbuka sampai ke pagi.
3. Tak baca doa tidur terlebih dahulu.
4. Tidur lewat, biasanya pukul 3 dan 4 pagi, akan rasa kena tindih selepas 5 minit tidur.
5. Orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur 'dia'. 
6. Tidur tanpa menyucikan diri dari kotoran.

CARA-CARA NAK ELAK KENA TINDIH MASA TIDUR

Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:
  • Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
  • Terhindar dari segala perkara yang buruk.
Cara-caranya: 
  • Baca surah tiga Qul (dimulakan dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. 
  • Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak  tiga kali.

Post a Comment

14 Comments

  1. pernah rasa jugak.. masa zaman anak dara.. siap kena heret lagi padahal duk atas katil.. pehtu nak cakap tak leh.. kdg2 kat peha ada bekal lebam2 kena geget hantu tok cakap.. hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sebab jin dik.. Tu sebab sblum tdo kibas dulu tilam sambil baca auzubillah..jgn tido bogel atau sexy2..

      Delete
  2. Dulu time study slalu kna..penat sgt..hehe..

    ReplyDelete
  3. Asalam Nick ..kecut perut nampak..ada melaluinya. memeng pelik dan menakutkan. Otak penat tu rasanya betul.Pun kita serahkan pada Allah ya..solat waktu malam..doa banyak2
    Etuza doakan moga cepat dapat juriat ya..

    ReplyDelete
  4. dulu-dulu pernah lah nick masa tidur sengsorang dulu, laa ni tak ada dah , satu perkongsian yang baik tentang cara-cara mengelakkan nya. :)

    ReplyDelete
  5. KDG SEBAB TERSANGAT MENGANTUK TU YG XSEMPAT BACA AYAT2 YG PATUT KALA TERLELAP DH DITINDIH HINGGA SUSAH NK BERNAFAS...SEKALI TERKENA INGAT SELALU.

    ReplyDelete
  6. dulu masa bujang pernah gak kena tindih sbb tdo sorang. Bila dah nikah ni Alhamdulillah masih belum pernah ditindih hantu...mungkin hantu tu takut kat isteri abam kie kot???

    ReplyDelete
  7. pernah kena masa saya remaja tapi tidur diwaktu petang . sedar tapi x blh buat apa2 ... tu sbb , jgn tidur selepas waktu asar ...

    ReplyDelete
  8. Pernah kena juga...masa sek menengah...nak bergerak langsung tak boleh...teringat petua gerakkan jari kaki....pastu baru ok semula....

    ReplyDelete
  9. setakat hari ni dan in Shaa Allah hari hari yang mendatang tak kena dan tak akan kena la ... serammmmm !

    ReplyDelete
  10. Pernah kena boleh katakan banyak kali jugaklah sampai badan jadi penat dan naik bengang jugaklah. 3 Qul tu dan ayat kurusi tu jangan tinggal.

    ps : seram plak aku tgk gambar tu...haha...

    ReplyDelete
  11. first time kene. baru je ritu. aku n wife.. haha

    ReplyDelete
  12. pernah kena sekali masa tinggal dlm dorm kolej.. tp memang time tu ada kes rasuk. lpas dh ok sambung tido mcm biasa.

    ReplyDelete
  13. Saye tak pernah kena tindih jin lg sekarang.. Pelik. Mungkin sejak dah study selok belok jin, tau kelemahan jin, dan hafal 12 ayat ruqyah kot..jin xbrani nk try dah.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.