Ilmu sihir/ ilmu hitam/ santau ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun melalui pemujaan makhluk halus. Tak puas hati atau dengki, ilmu sihirlah yang dicari untuk membalas dendam. Memang banyak berlaku dalam masyarakat kita.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Selain itu, ia juga turut dibantu oleh makhluk halus seperti jin, syaitan atau hantu bagi mencapai apa
yang diminta. Dalam
hal ini, syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut
:
- Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia.
- Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, digunakan untuk menganggu manusia.
- Polong : Makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang bagi menghisap darah mangsa
- Jembalang : Dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan
JENIS-JENIS SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU
SIHIR PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya. Kemudian, bahan-bahan tersebut diikat pada patung dan patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama, jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut yang akan menyebabkan mangsa berasa sakit dan boleh membawa maut.

SIHIR SANTAU
Santau merupakan bahan campuran yang terdiri dari benda-benda gatal (miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu), benda-benda berbisa (air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak dsb) dan benda-benda pedih (kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang dsb). Ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

SIHIR TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu
dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke
dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya, mangsa akan
berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL DAN AZIMAT
Dukun atau pawang biasanya memberi kepada orang yang datang kepadanya tangkal, azimat atau sesuatu untuk ditanam, atau memberi kertas bertulis mantera atau kemenyan dibakar dan berasap dengannya. Ini kerana syaitan boleh menghidu bau asap dan dengan asap itu syaitan akan segera datang.Bomoh biasanya meminta bekas pakaian seperti sikat dan kain, meminta sembelihan seperti ayam, burung di mana ia disembelih dengan tidak menyebut nama ALLAH SWT, dan kemudian sembelihan itu dibuang ke tempat sunyi untuk dipersembahkan kepada syaitan.

SIHIR PEMBENCI DAN KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Jadi, pelihara diri kita dari terkena gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan dengan mengamalkan Surah As Saffat, ayat 7. Dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak berapa sIhat terutama waktu maghrib. Ayatnya pendek dan mudah dibaca iaitu :
9 Comments
seram pula membaca n3 ni tapi keujudan ilmu hitam yg menyusahkan manusia mmg xdapt dinafi,,,
ReplyDeletemacam macam cara yang orang buat untuk capai hajat masing masing kan ? semoga kita dijauhkan Allah dari buat perkara macam ni dan dipelihara dari hasad dengki makhluk lain .. amiinnn
ReplyDeleterasa macam gerun plak baca bahan2 yg digunakan dalam sihir santau !aishhhhh
ReplyDeleteYa Allah mohon kita dijauhkan..Mohon dilindungi.
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.my/
ReplyDeletedah di ada blog ni di bloglist ya..terima kasih
moga dijauhkan insyaAllah
ReplyDeletebila nak hapdet entry baru ?
ReplyDeleteOrang Melayu masih ramai yg amalkan perkara khurafat ni. Semoga kita dijauhkan darinya...
ReplyDeletehapdet yg baru Nick Nashram..I'm waiting!
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.