Berapa Lama RM50 Boleh Tahan Dalam Wallet?

RM 50 tahun 90 an : Boleh beli peralatan sekolah, baju dan kasut, barang dapur, barang make up etc.

RM 50 tahun 2015 : Kak, nak isi minyak kereta RM50. Dah isi, separuh je petrol dapat.

Duit masih sama, cuma suasana dan tukaran nilai yang berbeza. Kereta Kancil pun sekarang ni RM50 baru full tank. Semakin besar cc kereta, semakin besar belanja minyaknya. Cuba kira berapa barang boleh diisi dalam troli dengan nilai RM50 apabila berbelanja di pasar raya sekarang?

1. Beras sekilo : RM12.50
2. Minyak 1kg : RM 3.00
3. Telur ayam sepapan : 8.00
4. Tepung  : RM2.50
5. Gula       : RM2.50


Hanya dengan 5 barang ni je dah dekat RM30. Belum masuk yang besar-besar lagi. Barang kecil-kecil seperti bawang , bawang putih, sayur, ikan, daging itu sekali beli sahaja sudah lebih RM10. Nampaknya, kena beli sardin banyak-banyak buat lauk. Sardin yang made in china je la mampu beli.

Kata PM kesayangan kita, Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. “Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang.

So, cukup ke belanja barang dapur dengan RM50 sebulan? 

Post a Comment

6 Comments

  1. pegi pasar malam dapat beli sayur jer dgn RM50.00

    ReplyDelete
  2. hmm...50RM kini senilai 5RM TAHUN 90-AN kot..nilai ringgot semakin jatuh hari demi hari... kata mrk yg pro fiskal hanya fenomena biasa kewangan...mrk yg teramat banyak duit xrasa kesusahan kita yg xberduit ni...jgn nilai ringgit sama dgn nilai rupiah sudah...a lot of money tu..

    ReplyDelete
  3. Rm50 tu sat je singgah dlm purse..tak sedar pon dah abes berbelanja

    ReplyDelete
  4. kalau ke pasar Nick, tak sampai sepuluh minit habis dah :(

    ReplyDelete
  5. Hurmmm PM kita guna kalkulator cap ayam kot😀😀😀😀

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.