Rules Of Duit Raya : Siapa Yang Dah Kerja Tak Dapat Duit Raya


Kalau bab-bab raya ni, budak-budak yang paling seronok. Lepas siap solat hari raya, berduyun-duyun yang datang rumah. Diorang singgah bukan nak makan ketupat atau kuih raya. Bagi salam, duduk atas kerusi pastu tunggu nak duit raya je, kuih tak terusik pun.

Sama jugak aku masa kecik-kecik dulu, orang tak habis solat hari raya dah pergi beraya rumah orang. Yang tak boleh blahnya, dah tau rumah mana yang kalau pergi konpem dapat duit raya banyak..kuih tolak ke tepi. 

Siap tanya kawan lagi “Weh, pergi beraya rumah tu dapat berapa ringgit?” Bila kawan jawab "Dapat makan kuih raya je"..konpem tak datang terus. Selagi tuan rumah tak bagi duit raya, selagi tu tak berganjak..tak malu betul..hahaha 

Memang dah rules of duit raya, yang dah kerja tak dapat duit raya, malah kena bagi duit raya lagi. Sebab dah 2 tahun lebih aku bekerja, so kena sediakan awal-awal duit RM 1 untuk diorang ni. Tapi tak kisah la kan..setahun sekali je. Mana-mana yang nak duit raya tu, datang la beraya kat rumah..mana tahu dapat duit kaler purple :)

Tahun ni teruk sikit sebab bertambah ramai anak-anak buah. Sampaikan belum raya lagi, diorang dah siap buat kira-kira pasal "income" yang diorang akan dapat. 

Biasanya akan ada 3 jenis sampul raya yang berbeza. 1 jenis sampul untuk anak-anak jiran, 1 jenis sampul untuk anak-anak sedara dan 1 jenis lagi untuk adik beradik, mak ayah. Kalau berbeza sampul tu maknanya berbeza jugak la jumlah duit raya. Kopak gua kali ni :(

Kalau orang melayu biasanya budak je yang dapat duit raya kan..bestnya jadi budak ni :)

Post a Comment

10 Comments

  1. salam ramadan selamat berpuasa...bagi dyit raya setahun sekali jer semoga beroleh keberkatannya...duit raya untuk murid2 kena siapkan juga tu cikgu...heh..heh..

    ReplyDelete
  2. sampual untuk gua takde?

    ReplyDelete
  3. ingat tahun ini nak kasi adil la semua.. semua dapat duit raya sama byk jaaa.. hahaha

    ReplyDelete
  4. yang dah tak sekolah (walaupun tak keje lagi) tak dapat duit raya gak :(

    ReplyDelete
  5. yup, silent rule yg difahami semua laipisan masyarakat

    ReplyDelete
  6. Ehhhh.....bukan yg dah kawen je yg x dpt duit raya?

    ReplyDelete
  7. Budak2 memang meriah. Kita ni meriah dapat bertemu saudara mara je la. =D

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  8. duit kaler purple? nak!

    ReplyDelete
  9. mcm tu nk berenti keje la bleh dpt duit raya huhuhu ^____*

    ReplyDelete
  10. Haha. Betul sgt la pasal duit raya ni. Skrg dah besar, turn kita pulak bg duit raya. Rindu pulak zaman dulu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.