Giler ahh zaman budak dulu-dulu ni, rindu beb bila tengok gambar-gambar kat bawah. Kalau korang rasa sama macam aku rasa ni, kita memang geng yang membesar era 80 90 an. Rugi budak-budak zaman sekarang. Tak rasa nikmat zaman luar teknologi. Masing-masing sibuk dengan gajet..Iphone, Whatsapp, Wechat, Telegram Facebook la..ishhhh macam-macam lagi la sekarang ni.
Selain dari senapang kayu, pistol ni pun femes time raya. Dapat je duit raya, habis gitu je beli benda ni. Kalau tak silap aku pistol ni lebih kurang dalam RM 2.50, pastu 50 sen lagi beli peluru. Sembunyi dalam longkang pastu tembak kawan..ohsemm!
Nama permainan ni pulak orang panggil ceper. Kumpul 5 penutup botol baru boleh main. Sape yang banyak timbang ceper tu, dia la yang menang. Satu ceper tu 10 markah. Siap bawak ceper ni main kat sekolah.Last-last kena rampas dengan cikgu.
Sanggup duit belanja sekolah tak makan kat kantin sebab kumpul nak beli kereta dash yonkuro. Lepas tu, tukar enjin hitam sebab kawan cakap enjin hitam laju..hehe. Bawak ke sekolah tapi hilang kena curi. Pastu simpan balik duit untuk beli lagi.
Baling tin ala-ala game bowling zaman sekarang. Cari tin-tin kosong dulu belakang rumah orang. Tin yang disusun hendaklah dibaling dengan
mengunakan selipar untuk diruntuhkan. Bila tin diruntuhkan, pihak
lawan perlu membaling selipar untuk menghalang pihak lawan dari menyusun
semula tin. Jika tin berjaya di susun permainan adalah dikira menang.
Rindu semua makanan ni..sugus, gula-gula udang, super ring,keropok durian..semua makanan rare ni. Sanggup pecah duit tabung beli tora semata-mata nak dapat mainan dalam tu. Kalau ada lagi pun sekarang ni, rasa dan packaging dah lain.
Facebook versi zaman dulu-dulu. Pilih mana-mana gambar yang berkenan, pastu letak nama, alamat dan kata-kata motivasi la. Tak tahan tu, siap ada tulis makanan kegemaran 'Nasi Ayam', minuman kegemaran 'Air Milo'..haha. Kalau dapat tukar tukar biodata ngan awek hot kat sekolah dah bangga gila dah. Zaman dulu-dulu.....
8 Comments
kenangan lalu yg sangat indah n manis di ingatan.
ReplyDeletezaman buku biodata tu memang best...hehehe.memang rasa tua tengok gambar-gambar ni.sekarang kalau ajak main baling tin memang pancit
ReplyDeletebudak skrg dah tak merasa dah. rugi rugi hehe
ReplyDeletebetullah...rasa tua pulak haaaa..MY suka main selambut dgn tudung botol, eeemmmm...
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, dah lama tak singgah sini
Btl 2
ReplyDeletesetuju!! teringat zaman kecikkecik dulu. manade gadjet pun.
ReplyDeletekalau bukak komputer pun, main pinball. huhuhu
buku biodata tu sis masih simpan lagi ... heheheee
ReplyDeleteceper tu aku main lg.. hahahha
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.