2 Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam 2015

BONUS KHAS RAYA 2015 : DAPAT RM 1,000?

Penjawat awam akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus berjumlah RM1,000 sempena hari raya Aidilfitri 2015 dan pembayaran akan dibuat pada hujung bulan Ramadhan? Ura-ura yang tersebar di laman sosial, mengatakan kakitangan awam bukan dapat RM 1,000 tapi RM500 sahaja dan ianya akan diberikan pada 25.6.2015, sama dengan tarikh pembayaran gaji. Betul ke khabar angin ni?  Jangan duk berharap sangat ye dapat RM1,000..tahun lepas pun bonus raya RM500 je. Walaupepun, tunggu Perdana Menteri umum bonus raya nanti ye.

UPDATED : Pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Najib Bin Tun Razak di PICC bersama penjawat awam kali ke 14, tahun 2015. Antara yang diumumkan adalah seperti berikut :

1. Elaun tetap perumahan (ITP) dinaikkan dari RM180 ke RM300. Berkuatkuasa pada bulan 11/2015.

2. Penjawat awam yang tinggal di kuaters mendapat 25% dari imbuhan tersebut.

3. Bantuan khas RM500 diberikan kepada penjawat awam pada 25.6.2015. Warga pencen akan mendapat RM250


Bila tengok Jadual Pembayaran Gaji 2015, kecut perut jugak. Gaji masuk 9.7.2015. Gaji seterusnya pulak 25.8.2015. Jauh beza nak tunggu gaji masuk tu. So, beringat sikit masa shopping raya tu ye. Zakat pulak jangan lupa bayar.


BONUS KHAS RAYA 2015 : UNTUK SEMUA

Bonus #1 | Bau mulut orang berpuasa
Bonus #2 | Para malaikat beristighfar 
Bonus #3 | Allah memperindahkan Syurga
Bonus #4 | Syaitan-syaitan dibelenggu
Bonus #5 | Mereka akan mendapat keampunan


Sedang kita sibuk mengejar bonus dunia, jangan dilupakan bonus akhirat. Bersungguh-sungguhlah buat amal ibadah dalam bulan puasa ni. Bayangkan ini Ramadhan terakhir, layakkah kita berhari raya?


CHEKLIST RAMADHAN 2015

Apa kata sempena Ramadhan tahun ni, kita muhasabah balik diri kita melalui checklist ramadhan kat bawah ni. Cuba bandingkan samada amalan kita bertambah atau berkurang berdasarkan bilangan tick yang dibuat. Haa..sekarang terpulang kepada kita untuk merebut bonus yang tak terkira ni atau nak biarkan Ramadhan kali ni berlalu begitu je.



Post a Comment

7 Comments

  1. tentu tak sabar menanti bonus raya diberi tapi duit tu nampak besar jumlahnya tapi kdg xcukup pun menampung keperluan raya kena berjimat cermmat dlm berbelanja...

    ReplyDelete
  2. yeaayy.. thank u untuk checklist tu. memang tengah mencari pun.
    btw, hai bro nick, lama ecah tak jenguk sini.

    ReplyDelete
  3. naya la kalau yg jenis boros mmg awal da pokai ni..

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing....thanks for visiting my blog...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  5. klu anak ramai , mg dah habis awal ... pandai2 lah berjimat ... ada gak bonus utk gomen . org swasta , guna je lah gaji yg hado ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.